in

“Tiada niat untuk berdiam diri” – Sah! TokTi Hamil 4 bulan

Iti E1607755647737

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Spekulasi berkenaan dengan desas desus khabar tentang kemahilan TokTi akhirnya telah terjawab selepas ia didedahkan oleh tuan empunya badan sendiri di Instagram.


Kata penyanyi nombor 1 negara ini, usia kandungannya kini sudah masuk 4 bulan.

 

Kehamilan saya yang sudah pun berusia 4 bulan.

Kata TokTi atau nama sebenarnya Dato’ Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin, dia sama sekali tidak berniat untuk mendiamkan diri, Tokti dan suaminya Datuk K (Datuk Khalid Mohamad Jiwa) hanya memikirkan waktu yang sesuai untuk mendedahkan tentang berita gembira ini.

Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali kami.”

TokTi juga memohon doa orang ramai di luar sana agar bayi dalam kandungan diberikan kesihatan dan dipermudahkan urusannya sepanjang tempoh kehamilannya sehingga lah melahirkan cahaya mata nanti.

Tahniah TokTi!!!

 

Baca : “Obvios kot perut dia” – Netizen Syak TokTi Hamil Anak Kedua?

Tokti

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.