in

“Tiada bukti RM2.6 Bilion wang derma” – SPRM

Najib 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi tadi bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak telah tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberikan keterangan berhubung SRC International yang merupakan anak syarikat 1MDB.


Menurut Malay Mail, ketua anti-rasuah baru Datuk Mohd Shukri Abdull memaklumkan bahawa tiada sebarang bukti bagi menyokong dakwaan Najib menyatakan wang bernilai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi merupakan derma daripada seorang putera Arab Saudi.

Shukriabdul
sumber: the star

Shukri memaklumkan bahawa beberapa orang penyiasat SPRM telah dihantar ke Arab Saudi pada tahun 2015 untuk berjumpa dengan putera yang dikatakan. Namun, putera tersebut gagal untuk mengemukan sebarang dokumen sokongan seperti penyata bank bagi membuktikan wang itu benar-benar sumbangan daripadanya.

Najib sebelum ini menafikan semua tuduhan dan skandal 1MDB yang kecoh pada 2015 dan menukar Peguam Negara serta beberapa orang pegawai SPRM. Najib kekal dengan pendirian menegaskan wang tersebut sememangnya satu derma dan menolak laporan mengatakan dana itu datang dari 1MDB.

Image 7
sumber: kosmo!

Fokus utama siasatan SPRM buat masa ini adalah bagi mendapatkan maklumat bagaimana wang bernilai RM42 juta dari SRC International boleh beralih masuk ke dalam akaun Najib. SRC ditubuhkan oleh Najib pada 2011 katanya atas tujuan pelaburan sumber tenaga luar negeri.

SPRM berjaya mengesan aliran wang daripada SRC dengan mudah kerana transaksi dibuat melalui entiti Malaysia, sedangkan transaksi dana 1MDB yang lain dibuat melalui bank dan syarikat luar negara.

1Mdb Reuters 1 1
sumber: fmt

Kerajaan baru telah menubuhkan satu unit khas terdiri daripada agensi anti-rasuah, polis dan bank pusat untuk bekerjasama dengan agensi penguatkuasa di Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Kanada dan beberapa lagi negara berkaitan bagi menyelesaikan kes ini.

Semoga siasatan berjalan lancar dan kes ini akan dapat diselesaikan tak lama lagi.

Baca: Lapor 1MDB ke FBIFbi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.