Sebelum adanya pusat beli belah yang terkenal dan besar dekat Malaysia ni, kedai yang paling min tak sabar nak pergi waktu kecik dahulu adalah The Store.
Lebih 5 dekad The Store telah bertapak di Malaysia dan memberikan perkhidmatan terbaik dan pelbagai produk pilihan kepada semua pelanggan di lebih 50 buah cawangan di seluruh Malaysia termasuk Pasar Raya Besar dan Gedung Serbaneka Pacific, Pasar Raya Milimewa dan Pasar Raya Super Jimat
Bagi meraikan para pelanggan yang setia, Kumpulan The Store telah melancarkan Peraduan Sambutan Ulang Tahun ke-55, Beli Dan Menang yang bermula dari 26 Mei sehingga 17 September 2023. Pelanggan yang bertuah akan berpeluang untuk memenangi hadiah berjumlah RM500,000.
Sambutan Ulang Tahun Ke-55, Beli & Menang
a) Hadiah Utama x 1 : Perodua Alza 1500X (CVT)
b) Hadiah Istimewa x 2 : Perodua Axia 1000G (CVT)
c) Hadiah Sagu Hati x 10 : Baucar Hadiah bernilai RM500
Untuk menyertai peraduan, berikut adalah beberapa langkah mudah iaitu:
- Belanja RM50 dalam satu resit.
- Lengkapkan borang penyertaan (dicetak pada resit).
- Hantar borang penyertaan pada atau sebelum 17 September 2023 dan masukkan ke kotak peraduan di kaunter khidmat pelanggan di cawangan The Store atau Pacific yang berhampiran.
- Tunggu sehingga pengumuman pemenang.
Selain hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan, pelanggan juga berpeluang untuk memenangi Ganjaran Segera iaitu penebusan kupon tunai melalui resit pembelian. Penebusan boleh dibuat di kaunter khidmat pelanggan di cawangan yang sama dan pada hari yang sama.
Layari laman web rasmi di www.tstore.com.my/anniversary.html untuk terma dan syarat peraduan. Jadi, tunggu apa lagi! Jom beramai-ramai kita serbu The Store atau Pacific untuk sertai peraduan sempena Ulang Tahun ke-55 ni okay! Nak tahu lokasi yang berdekatan, korang boleh semak di www.tstore.com.my/storelocator.php .
Tebus Bekas Kaca Borosilikat Eksklusif
Selain dari hadiah lumayan yang ditawarkan, pelanggan juga boleh dapatkan program penebusan Bekas Kaca Borosilikat Penutup Buluh berjenama Carl Schmidt Sohn secara eksklusif di The Store dan Pacific.
Caranya amat mudah! Kumpulkan pelekat untuk penebusan Bekas Kaca Borosilikat Penutup Buluh. Terdapat 6 pilihan memikat hati semua pelanggan.
Program penebusan telah berlangsung mulai 26 Mei 2023 sehingga 17 September 2023. Tarikh akhir penebusan produk sah sehingga 20 September 2023.
Caranya :
- Belanja minima RM30 dalam satu resit untuk dapatkan 1 pelekat.
- Dapatkan pelekat dan kad penebusan di kaunter pembayaran.
- Tebus Tiga (3) unit Bekas Kaca Borosilikat Penutup Buluh serendah RM18.90 dengan Satu (1) pelekat untuk ahli atau Tiga (3) pelekat untuk bukan ahli.
Dapatkan maklumat penuh untuk program penebusan ini di laman sesawang rasmi di www.tstore.com.my/glassware.html untuk terma dan syarat.
The Store Kini 55 Tahun Di Malaysia!
Tahukah Anda? Pasar raya The Store telah ditubuhkan pada 1968, dan diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sejak tahun 2001 sebagai rangkaian pasar raya yang tertua dan terbesar di Malaysia.
Dengan lebih 52 cawangan di seluruh Malaysia, rangkaian produk yang ada termasuklah barangan segar dan sejuk beku, pelbagai jenis barangan keperluan harian, barangan elektrik, pakaian, kasut, beg, barangan kelengkapan rumah, kosmetik dan macam-macam lagi.
Kalau siapa yang tinggal di Pulau Pinang, pasti tahu yang cawangan pertama The Store adalah di Bukit Mertajam, dan cawangan tersebutlah yang dibuka pada tahun 1968!
The Store ni punyalah hype, sehinggakan ada 33 cawangan di hampir semua bandar utama di Malaysia, dengan menawarkan pelbagai barangan keperluan harian untuk pembeli dari pelbagai peringkat.
Paling menarik, ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu pasar raya (supermarket) dan juga gedung serbaneka (departmental store). Kalau supermarket, pastinya ia menawarkan pelbagai barangan ‘basah’ yang segar termasuk ayam, ikan dan lain-lain keperluan harian manakala departmental store pula menawarkan rangkaian barangan yang sangat meluas, daripada fesyen pakaian, barangan elektrik, barangan kelengkapan rumah dan lain-lain sesuai untuk segala peringkat umur.
Tidak terhenti di situ, wujud pula Pacific Hypermarket & Deparmental Store yang turut membawakan konsep yang sama, menawarkan sehingga 100,000 pilihan barangan kepada pengguna dengan motto ‘Jimat Setiap Hari’.
Kalau di tempat korang masih ada Pacific ni, kira ‘rare‘ sangat sebab sehingga hari ini, ada 10 cawangan Pacific di seluruh Malaysia iaitu di Alor Setar, Kedah, Prai & Komtar di Pulau Pinang, Taiping, Perak, Mentakab, Pahang, Batu Pahat & Kluang di Johor, Kota Bharu, Kelantan dan yang terbaharu, di Kuala Terengganu,Terengganu yang menghadap ke laut. Pasti teruja sesiapa yang membeli-belah di salah satu cawangan Pacific ini ya!
Selain daripada The Store dan Pacific ni, terdapat satu lagi rangkaian Pasar Raya Milimewa yang bertempat di Sabah. Ada 9 cawangan ke semuanya di Sabah yang turut membawakan konsep yang sama.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi atau peraduan, anda boleh layari:
- Laman web sesawang di www.tstore.com.my
- Facebook The Store Malaysia di www.facebook.com/TheStoreMys/
- Facebook Pacific Malaysia di www.facebook.com/PacificMys/
- Facebook Milimewa Superstore di www.facebook.com/MilimewaSuperstore/
- Instagram The Store Malaysia di https://instagram.com/thestore.malaysia
- TikTok The Store Malaysia di https://www.tiktok.com/@thestoremalaysia