in

The Space Out: Pertandingan Tanpa Buat Apa-Apa Di Korea Selatan

Feature 1 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada sesetengah orang suka sangat join pertandingan larian, melukis atau memasak sebab hobi dan nak kutip hadiah kalau ada rezeki menang kan. Untuk korang yang gemar masuk event macam ni, ada pertandingan yang paling senang untuk dimenangi sebab korang tak perlu buat apa-apa! 


Macam tak percaya je kan ada pertandingan macam ni. Menurut laman web Yupthatexists, pertandingan ini dianjurkan di Korea Selatan dan dah jadi acara tahunan dah kat sana.

Dikenali sebagai The Space Out Competition, ia dianjurkan bermula tahun 2014 sebab rakyat Korea selalu sibuk terutamanya yang tinggal di bandar. Mana taknya, negara dorang kan maju jadi kesibukan tu dah jadi benda biasa.

Peserta pertandingan tak perlu buat apa-apa selama yang mungkin dan ia berlangsung selama 90 minit. Manakala, penggunaan telefon bimbit dan bercakap antara satu sama lain adalah tidak dibenarkan tau. Kiranya memang duduk dan termenung je untuk menang

Untuk pengetahuan korang, The Space Out Competition ni diadakan di Hangang Park, Seoul dan ia mendapat sambutan menggalakkan sebab pada tahun 2018, seramai 150 peserta ambil bahagian dalam acara ini.

Menurut pengasas pertandingan ini, WoopsYang, event ni bermula sebab nak tekankan bahawa ramai orang yang overwork dan semua orang patut dapat rehat yang cukup.

Pada ketika itu, saya menghadapi sindrom burnout namun saya akan rasa gelisah kalau duduk tanpa buat apa-apa. Saya rasa saya tak keseorangan dalam masalah ini, jadi saya fikir lebih baik jika semua orang tak buat apa-apa bersama-sama,” katanya.

Walaupun kedengaran mudah, tapi pertandingan ni ada cabarannya yang tersendiri. Korang kena termenung dan kena make sure tak hilang fokus atau tertidur. Nak tengok jam pun tak boleh tau. 

Kalau ada yang tertanya-tanya macam mana pulak kalau tiba-tiba nak pergi tandas, ha jangan risau sebab peserta hanya perlu angkat kad yang disediakan.

Tak Buat Pape 1

Untuk memastikan semua orang berada dalam keadaan yang rileks, kadar degupan jantung peserta pula akan diperiksa setiap 15 minit. Untuk jadi pemenang, peserta perlu mempunyai kadar degupan jantung yang paling stabil.

Pengasasnya juga menggalakkan para peserta untuk datang bertanding memakai baju kerja mereka untuk menggambarkan hari sibuk hidup di bandar. Pelajar sekolah dan kanak-kanak pun ada jugak yang join tau. 

Yang uniknya lagi, ramai juga yang datang semata-mata nak tengok peserta pertandingan ni tak buat apa-apa. WoopsYang menjelaskan, The Space Out Competition ni boleh diibaratkan macam seni persembahan.

So, kalau korang join event ni, korang yakin ke korang boleh menang? 

Sumber: Yupthatexists.com, YouTube The Korea Herald

Baca: “Awaa, saia tak kuad” – Indonesia Buat Pertandingan ‘Siapa Paling Lama Tenung Gambar EX’, Pemenang Siap Dapat Trofi! 

Tak Buat Pape

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.