Biasanya anak perempuan lebih rapat dan manja dengan bapanya. Lumrah seorang bapa akan lebih bersifat pelindung terhadap anak perempuannya.
Seperti perkongsian video ini, cara seorang bapa menunjukkan kasih sayang terhadap anak perempuannya telah mendapat perhatian ramai.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh @knizamk1982 di TikTok, lelaki terbabit berkongsi beberapa gambar dan video momennya berpelukan bersama anak perempuan yang dikenali sebagai Yaya.
@knizamk1982 yaya yang manja
“Yaya yang manja” – tulisnya di ruangan kapsyen video.
Dapat dilihat menerusi video tersebut, sejak kecil lagi anak perempuannya itu sememangnya rapat dan manja terhadapnya.
Walaupun sudah meningkat dewasa, anak perempuannya itu tetap mencari bapanya untuk dipeluk sama ada ketika dia sedang bersedih atau gembira seolah-olah menggambarkan tiada tempat yang lebih tenang melainkan dalam pelukan hangat seorang bapa.
“The real Papadom”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa tersentuh melihat kasih sayang antara seorang bapa terhadap anaknya.
Malah, ada juga netizen yang mengaitkan perkongsian indah itu seperti filem Papadom yang sebenar, lakonan Afdlin Shauki dan Liyana Jasmay.
Dalam pada itu, netizen juga memuji cara lelaki itu dengan menyifatkan kasih sayang seorang bapa tiada galang gantinya.
Bagi anak perempuan, bapa adalah pelindung, hero dan ikon dalam keluarganya!
Baca: “Sebijik macam ayah dia” – Netizen Terpegun Tengok Wajah Anak Penyangi Rap Lagenda Malique Too Phat