in

“The power of kucing” – Lelaki Ni Dah Dua Bulan Menganggur, Lepas Beli Makanan Untuk Kucing Terus Dapat Interview Kerja

Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rezeki adalah rahsia Allah dan ia selalunya datang tanpa diduga. Tambahan pula kalau kita lakukan sesuatu perkara yang mulia tanpa meminta apa-apa balasan dari-NYA.


Baru-baru ni, viral di Twitter kisah seorang lelaki yang beroleh rezeki yang hebat selepas memberi kucing jalanan makan dengan hanya membelanjakan RM4.50 sahaja. Wahhh syukur alhamdulillah! 

 

“Dua bulan takde kerja sana sini hantar resume diam saja! Tiba-tiba…” 

Menurut perkongsian Mohd Fikri di Twitter, dia yang sudah dua bulan menganggur itu tidak menyangka perbuatannya memberi makanan kepada beberapa ekor kucing membawa kepada rezeki yang berganda-ganda kepada dirinya.

Pada keesokan harinya, Fikri telah menerima dua tawaran kerja yang bagus dan dia menganggap ia merupakan berkat ‘sedekah’ yang dilakukannya kepada kucing-kucing jalanan semalam. 

 

“Tak kisah haiwan apa pun kalau kita buat baik dengan dia, dia doakan kita” 

Tweet yang telah mendapat hampir 14,000 retweet ini telah mendapat perhatian positif netizen yang juga mengakui pernah melalui pengalaman yang sama. Kebanyakannya juga setuju, kalau kita berbuat baik dengan haiwan, mereka pasti akan doakan kita kembali. Insya-Allah.

Rezeki
sumber: twitter

 

Rezeki dapat mengerjakan umrah

Menurut mStar, Fikri juga bukan saja mendapat pekerjaan tetapi dia juga dikejutkan dengan pengesahan untuk mengerjakan umrah tidak lama lepas tu.

Dia yang bakal berlepas ke Tanah Suci Mekah pada Selasa ini menyifatkan rezeki tersebut merupakan bukti ‘the power of sedekah’.

sumber: twitter

“Semua benda baik datang bertimpa-timpa. Sebelum kejadian kucing tu saya belum confirm lagi ke sana (Mekah). Saya juga dapat lagi tawaran temu duga kerja dari syarikat lain. 

“Syukur Alhamdulillah, dengan beberapa ringgit makanan kucing, mungkin punca dari situ, saya dapat pembalasan berganda-ganda,” katanya lagi.

Admin harap kisah ini dapat memberi inspirasi kepada kita semua kat luar sana untuk sentiasa membantu dan menyayangi haiwan. Insya-Allah rezeki yang baik pasti akan datang kepada kita. 

Baca: “Tinggallah Mak Lang di sini bersama para syuhada” – Kematian Wanita Suka Bersedekah Ni Dicemburui Umat Islam

Raudhah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.