in

The Pascha: Pusat Maksiat Terbesar Dunia Dibuka 24 Jam, Hampir ‘Lingkup’ Tahun Ini Disebabkan Covid-19

The Pascha

Pandemik Covid-19 ini melumpuhkan ekonomi kebanyakan negara di dunia selepas banyak perniagaan atau aktiviti terpaksa dihentikan bagi mengelak penularan wabak itu.

Bermacam-macam jenis syarikat terpaksa mengurangkan pekerja, memotong gaji pekerja dan lebih teruk ‘gulung tikar’. Ini termasuklah tempat ‘gah’ yang menjadi tumpuan ramai sebelum ini kerana aktiviti pelacuran yang melibatkan wanita serta golongan ‘maknyah’, The Pascha.

Pascha6

 

The Pascha

Dibuka secara rasmi pada Januari 1972, The Pascha merupakan bangunan 12 tingkat dan berkeluasan 9,000 meter per segi yang menjalankan kegiatan tidak sihat terletak di Cologne, Jerman.

Pada zaman itu, ia merupakan bangunan tinggi pertama yang menjadi pusat kegiatan maksiat di Eropah dan pada mulanya dikenali dengan nama Eros Center. Namun, disebabkan ada krisis yang berlaku, Eros Center bertukar tangan kepada pemilik baru pada tahun 1995.

Pascha3

Sejak itulah ia dinamakan semula sebagai The Pascha sehingga kini dan pernah diiktiraf sebagai pusat pelacuran terbesar di dunia dengan sekurang-kurangnya 120 pelacur, lebih 80 pekerja dan sehingga 1,000 pelanggan setiap hari.

 

Akta Regulasi Situasi Pelacuran

Pada tahun 2001, parlimen negara itu telah meluluskan Akta Regulasi Situasi Pelacuran atau ‘Prostitution Act’ berkuatkuasa pada 1 Januari.

Akta itu diperkenalkan untuk:

  • membolehkan peningkatan situasi global golongan pekerja seks
  • membolehkan mereka mempunyai sumber pendapatan tetap
  • melindungi pekerja seks dalam aspek sosial dan kesihatan termasuklah insurans serta simpanan persaraan
  • pekerja seks diberi kebenaran penuh dalam bidang tugasan mereka tanpa terikat dengan orang tengah atau mana-mana pihak
  • pekerja seks boleh memilih untuk berkhidmat dengan sesiapa yang mereka setuju

Pascha7

  • pekerja seks tidak akan ‘beraksi’ secara paksaan atau jika diarahkan
  • pekerja seks tetapkan sendiri upah yang mereka caj kepada pelanggan
  • pekerja seks boleh tetapkan sendiri waktu mula dan tamat kerja serta usia persaraan

Menurut sebuah blog, perubahan dan pengenalan akta itu menyebabkan Jerman mempunyai kumpulan pekerja seks paling ramai di dunia sehingga kini.

Malah, hanya 30% pekerja seks di situ merupakan warga tempatan manakala selebihnya datang dari luar seperti Brazil, Russia, Ukraine, Nigeria dan juga jiran kita, Thailand.

 

Macam mana bisnes The Pascha berjalan?

Pekerja seks akan sewa salah satu daripada 126 bilik di bangunan tersebut dengan bayaran EUR180 ke EUR195 (RM875.19 ke RM947.04).

Bayaran itu sah untuk tempoh 24 jam sahaja dan pakej itu datang sekali bersama makanan, insurans serta cukai yang akan disalurkan kepada kerajaan.

  • Setiap seorang pelanggan yang masuk perlu membayar EUR5 (RM24.28)
  • Jika pelanggan suka dengan mana-mana pekerja seks, mereka berdua boleh buat rundingan tentang harga dan servis. Pihak lain tidak boleh masuk campur dengan rundingan tersebut
  • Pekerja seks akan dapat 100% bayaran daripada pelanggan yang dipersetujui

Pascha8

Bagi harga sewaan bilik yang dibayar, pekerja seks perlu ‘beraksi’ sekurang-kurangnya 4 ke 5 kali untuk ‘cover’ balik kos tersebut. Perkhidmatan dan ‘aksi’ seterusnya dianggap sebagai gaji mereka pada hari itu.

Dianggarkan, kerana terkenal di seluruh dunia dan sudah menjadi antara tempat tarikan pelancong asing, The Pascha yang dibuka 24 jam sebelum ini mampu terima lebih 1,000 pengunjung dalam mata satu hari.

 

Pandemik melumpuhkan ‘bisnes’

Kegiatan tidak sihat ini ‘lumpuh’ akibat Covid-19. Menurut Daily Mail, The Pascha telah dipaksa untuk isytihar bankrap selepas tidak beroperasi selama berbulan-bulan disebabkan Covid-19 di negara itu.

Pascha2

Kerajaan telah menguatkuasakan larangan ke atas pelbagai aktiviti termasuklah aktiviti seksual melibatkan pekerja seks pada April tahun ini. Lebih 400,000 pekerja seks di negara itu kehilangan punca pendapatan dan ramai dilaporkan menjalankan ‘bisnes’ itu secara haram.

Mana tidaknya, mereka cuba mencari pekerjaan lain namun tiada peluang dan tidak diambil bekerja oleh mana-mana majikan kerana status mereka (sebagai pekerja seks) itu.

Pihak pengurusan telah menggunakan semua dana syarikat itu untuk membayar penyelenggaran bangunan serta semua (kini) 60 pekerja mereka. Disebabkan itu, pusat pelacuran tersebut kini benar-benar sudah ‘lingkup’.

Pascha4

 

Kerajaan benarkan beroperasi semula

Pascha5

Selepas menerima tekanan daripada pekerja seks dan aktivis yang membuat tindakan saman di mahkamah (untuk mencabar peraturan yang diperkenalkan oleh kerajaan), kerajaan Cologne akhirnya membenarkan The Pascha untuk beroperasi semula dengan beberapa syarat ketat iaitu:

  • Pelanggan perlu buat temujanji sebelum ‘melanggan’
  • Pelanggan tidak boleh masuk atau memilih pekerja seks
  • Semua rekod kedatangan akan diambil
  • Pelanggan dan pekerja seks perlu memakai topeng muka ketika ‘aktiviti’ dijalankan

Pascha1

Kluster The Pascha soon?

Baca: Suku Tidung: Pengantin Baru TAK BOLEH Guna Tandas 3 Hari 3 Malam! Kenapa?

Feat Tidung

Sumber: VENUS
Sumber: Der Spiegel
Sumber: Daily Mail
Sumber: Express
Sumber: euronews
Sumber: NST
Sumber: DW