Di Hollywood, The 27 Club adalah satu istilah yang ditubuhkan oleh orang ramai kerana ia merupakan satu kebetulan yang dikira agak tragis dalam kalangan pemuzik.
Istilah ini mula terkenal sejak kematian Kurt Cobain pada tahun 1994 apabila peminat muzik rock menyamakan dia dengan artis-artis lain seperti Jim Morrison, Janis Joplin, Brian Jones dan Jimi Hendrix yang meninggal dunia pada usia sama dan jaraknya dalam masa 2 tahun.
Orang ramai jadi mula menumpukan pasal kes The 27 Club ini apabia Amy Winehouse pula yang meninggal dunia pada usia sama masa 2011. Disini merupakan senarai penyanyi yang meninggal dunia pada usia 27 tahun.
1. Jimi Hendrix
Pada awal pagi Jumaat, 18 September 1970, semasa dia bersama teman wanita di London, Jimi mengambil beberapa pil tidur. Tiada siapa yang tahu dan pasti berapa banyak kapsul pil yang dia telan atau faham apa yang dia makan.
Dadah itu ialah jenis Vesparax, ianya sangat kuat. Setengah tablet sahaja sudah cukup untuk menidurkan seseorang selama lapan jam, sumber melaporkan bahawa Jimi mungkin telah menelan sebanyak 9 biji.
2. Janis Joplin
Biarpun mempunyai populariti dan kemasyuran, Janis berasa sunyi ketika dia kembali ke bilik hotelnya di Hollywood selepas sesi rakaman terakhirnya.
Semasa dia menyanyikan “A Woman Left Lonely,” salah satu lagu terakhir, dia mendakwa bahawa kekasihnya itu tidak hargainya. Oleh itu sekitar jam 1 pagi pada 4 Oktober 1970, dia mengeluarkan kit heroinnya dan menyuntik urat di lengan kirinya.
Kemudian dia pergi ke arah tempat merokok di lobi hotel sebelum kembali ke biliknya dengan membawa satu bungkusan.
Dia menutup pintu, mula membuka pakaian dan mencapai bungkusannya di atas meja. Semasa dia berbuat demikian, dia tersungkur, terhantuk mukanya di atas meja ketika dia jatuh ke lantai, di mana dia ditemui mati pada keesokan harinya.
3. Jim Morrison
Bermula pada tahun 1979 apabila pengarah filem Francis Ford Coppola menggunakan lagu “The End” nyanyian Jim dalam runut bunyi untuk Apocalypse Now.
Dia mati pada usia 27 tahun dan kematiannya agak diragui kerana bintang-bintang lain seperti Jimi dan Janis meninggal dunia sewaktu nama mereka sedang mendunia. Ada pihak menjangka bahawa sesuatu yang aneh berlaku. Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah, teman wanita Jim juga meninggal dunia pada usia yang sama.
4. Kurt Cobain
Mayat Kurt Cobain ditemui oleh juruelektrik pada hari Jumaat, 8 April 1994. Kurt Cobain dikatakan membunuh diri, ini kerana Kurt dikatakan mengalami tekanan hebat kerana banyak bukti-bukti bertulis ditemui dan ia berkaitan dengan kesihatan mental.
Kaunselor Kurt ada kongsikan bahawa dia teringat betapa bimbangnya pemuzik itu tentang kehilangan rumahnya dalam tuntutan mahkamah.
5. Amy Winehouse
Untuk generasi kita, siapa sahaja tak kenal dengan Amy Winehouse, lagunya Back To Black menjadi siulan orang ramai sehingga kini. Dia ditemui mati di rumahnya pada tahun 2011. Dia dipercayai mati akibat overdose alkohol.
Ada yang anggap bahawa Amy sebenarnya sudah mula muak dengan kerjayanya. Pendek kata, Amy juga mengalami tekanan hebat dan mempunyai masalah sama seperti Janis Joplin dimana teman lelakinya tidak menghargainya.
Secara rumusannya, ada yang anggap bahawa The 27 Club ini merupakan satu konspirasi yang melibatkan satu ritual. Apapun, mungkin perkara ini hanyalah sekadar kebetulan.
Sumber : Rollingstone, Daily Star
Baca : Rupanya Ada Kisah Mengejutkan Disebalik Kematian Instafamous Indonesia, Laura Anna!