in

“Tak boleh cakap anak tak sah taraf…” – Peguam Terangkan Status Cahaya Malaika Dalam Drama Sensasi

Collage 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hangat betul drama Suamiku Lelaki Pendosa yang tengah ditayangkan sekarang ni. Mana tidaknya, ada macam-macam isu diletakkan dalam cerita ni, isteri curang, suami suka hubungan sejenis dan banyak lagilah!


Antara yang menarik dalam drama ni termasuklah bila watak utama Cahaya Malaika yang dilakonkan oleh Sophia Barakbah ini ingin berkahwin.

Untuk korang yang tak tahu, Cahaya Malaika merupakan anak hasil hubungan terlarang selepas ibunya terlanjur dengan bos di tempat kerja.

Ekoran ini, pernikahan Cahaya Malaika telah dibuat dua kali. Satu apabila dia diakad menggunakan wali hakim sebagai Cahaya Malaika binti Abdullah dan kedua apabila dorang nikah ‘olok-olok’ menggunakan ayah kandungnya sebagai wali.

Screenshot 2022 02 28 At 2.05.27 Pm

“Tak boleh cakap anak tak sah taraf kalau isteri berzina”

Ekoran ini, peguam syarie dan konsultan perundangan Islam Fahmi Ramli telah menjelaskan tentang status sebenar watak Cahaya Malaika ini menerusi Facebook.

Menurut Fahmi, anak tak sah taraf dari suduh undang-undang dan Hukum Syarak adalah anak yang lahir kurang dari 6 bulan Qamariah selepas perkahwinan atau dalam masa 4 tahun Qamariah selepas perkahwinannya dibubarkan disebabkan kematian lelaki atau penceraian serta tak berkahwin semula.

Kalau ikut cerita ini, Cahaya Malaika dilahirkan dalam perkahwinan Firdaus dan isterinya. Cuma, selepas dilahirkan, ada tanda-tanda yang anak tersebut tidak serupa sifat fizikalnya dengan bapanya.

Kemudian dikuatkan lagi dengan semakan DNA yang menunjukkan tidak ada darah/genetik Firdaus. Meskipun, isterinya mengakui yang dia ada terlanjur dengan lelaki lain, namun mereka tidak bercerai kerana demi melindungi maruah keluarga serta maruah anak tersebut.

Tambah Fahmi lagi, walaupun keputusan DNA telah mengesahkan bahawa Cahaya Malaika bukan anak kandung seperti yang disangka, anak ini masih boleh dinasabkan kepada lelaki yang dianngap sah sebagai suami.

Ini kerana, keputusan DNA tak boleh digunakan untuk menafikan nasab tetapi kena gunakan kaedah Li’an seperti yang disebut dalam Surah An-Nur ayah 6 hingga 9.

“Dan orang-orang yang menuduh isteri-isterinya berzina dan tiada mempunyai saksi lain selain dirinya, maka kesaksian seseorang itu (dapat diterima) dengan empat kali bersumpah dengan Nama Allah bahawa ia dari orang-orang yang benar. Dan (sumpah) yang kelima ialah bahawa kutukan Allah akan ditimpa keatasnya jika ia dari kalangan orang-orang yang berdusta. Dan isteri pula terhindar dari hukuman (had) jika ia bersaksi (bersumpah) sebanyak 4 kali dengan nama Allah bahawa suaminya dari kalangan orang-orang yang berdusta. Dan sumpah yang kelima ialah bahawa kemurkaan Allah akan ditimpakan kepadanya jika suaminya termasuk orang-orang yang benar.”

Memandangkan Firdaus tu dah tahu, tapi dia tidak pun bercerai apatah lagi menafikan nasab secara Cerai Li’an terhadap isterinya, maka sepatutnya dia masih wajib menjadi wali kepada perkahwinan Cahaya Malaika. Bukan secara Wali Hakim.

Pelik juga kalau tiba-tiba ada wali hakim yang approve. Bila masa pula Mahkamah Syariah boleh luluskan Wali Hakim dalam isu sebegini.

Mujur buat akad kali kedua. Sepatutnya, tak boleh ubah nama binti anak tu kepada Abdullah ikut sedap saja. Nanti jadi orang lain pulak.

Disebabkan ini juga, Fahmi menasihatkan supaya pembikin drama atau filem mengkaji dulu hukum agama sebelum menayangkan kepada penonton kerana bimbang akan menimbulkan salah faham.

Ingat yer, nak menafikan Nasab keturunan, bukan dengan cara pembuktian DNA. Nak menafikan itu bukan nasab kita, ia mesti dilakukan dengan Sumpah Li’an. Jika tidak, anak tersebut tetap sah dinasabkan kepada suami yang sah, walaupun bukan benih lelaki tersebut.”

Korang boleh baca ulasan penuh Fahmi Ramli ni dekat sini untuk pemahaman yang lebih baik.

 

Baca: “Meromang bulu den!” – Lakonkan Watak Lelaki Gay, Netizen Tergelak Tengok Gelagat Aaron & Gambit

Aaron Gambit Berlakon Gay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.