in

“Terus rasa miskin bila tengok” – Mak Aihhhh! Tiffany & Co Jual ‘Paper Clips’ Berharga RM6,200 Setiap Satu!

Mahal Siot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebelum ni viral pasal jenama dUck yang jual barang overpriced contohnya stapler dengan harga RM80. Ada netizen yang share dekat Twitter harga asal stapler yang sama seperti dUck cuma RM1.30 setiap satu, jika dibeli secara wholesale.

https://twitter.com/_NazriH/status/1244560131074883584


Kali ni punya barang yang dijual oleh jenama antarabangsa memang akan buat korang semua lagi speechless. Of course barangan dijual oleh international brand akan jadi mahal bila kita convert harga RM.

 

Harga paper clip paling tak masuk akal!

Tapi, pernah terfikir tak barangan yang kecil dan simple atau dipanggil everyday item akan dijual dengan harga ribuan ringgit? Kalau nak tahu, jenama aksesori Tiffany & Co ada jual paper clip dengan harga $1,500 USD (RM6,201.75) setiap satu!

Yes, harga satu paper clip dari Tiffany & Co cecah 4 angka okay! Melalui deskripsi di laman web jenama tu, paper clip mewah itu hanya berukuran 2.5 inci dan diperbuat dari emas 18 karat.

Clip2

Satu-satunya barang dalam kategori alat tulis paling mahal admin pernah jumpa, paper clip yang lebih besar daripada biasa ini adalah penanda buku luar biasa dek kerana perincian emas 18 karat tersebut.

Tapi, selain paper clip emas 18 karat ni, pelanggan mereka yang tidak meminati emas turut diberi pilihan lain iaitu paper clip diperbuat daripada perak dijual pada harga yang lebih murah $175 USD (RM722), setiap satu. Still, mahal juga haha!

Clip1

 

Bukan setakat paper clip je…

Antara barang merepek lain yang dijual oleh TIffany & Co dengan harga yang terlalu mahal adalah 10 ketul mainan lego diperbuat daripada perak berharga $1,650 USD (RM6,806). Takpelah, admin beli dekat MR DIY jelaaaaaa. 

Lego

Selain tu, mereka turut menjual tin perak yang dijual pada harga $1,025 USD (RM4,228), setiap satu dan penyepit baju perak yang berharga $525 USD (RM2174.03), setiap satu.

Tin

Sepit

Menangis dalam kemiskinan aku dibuatnya hahahaha!

Baca: “Silap la cari pasal time netizen tengah free” – Netizen Dedah Harga Sebenar Stapler Jenama Duck

Combine Vv

Sumber: Tiffany & Co
Sumber: Tiffany & Co
Sumber: Tiffany & Co
Sumber: Tiffany & Co
Sumber: Tiffany & Co

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.