in

Tertanya-tanya Kenapa Ada Poket Kecil Pada Seluar Jeans Anda? Ini Kisah Di Sebalik Rekaan Itu

F3 Jp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seluar jeans sering menjadi pilihan tak kira lelaki mahupun wanita untuk ke mana-mana sebab stailnya tidak pernah lapuk dan ianya juga selesa. Nak mix and match dengan baju pun senang kalau pakai jeans ni kan. 



Untuk korang yang sering memakai seluar ini untuk keluar lepak bersama rakan, mesti korang tertanya-tanya kenapa lah ada poket kecil pada seluar jeans tu kan?  Padahal nak letak phone pun tak muat. Letak syiling boleh la kot, tapi kalau nak keluarkan balik susah la sikit sebab ruang tu kecil. 

Img 8685
Gambar sekadar hiasan

Ha, kali ini persoalan korang tu akan terjawab sebab kami nak kongsikan dengan anda kisah di sebalik rekaan unik itu. Menurut Insider, pada zaman dulu-dulu ketika seluar jeans baru diperkenalkan, poket kecil tu adalah untuk meletakkan jam poket yang kecil saiznya.

Menurut TODAY, kewujudan poket seumpama itu telah dijumpai pada waist overall (seluar jeans pada ketika itu dikenali dengan nama ini) yang tertua pada waktu dulu-dulu.

Difahamkan, ia direka oleh Levi Strauss & Co. Pada ketika itu, poket kecil sedemikian sengaja diletakkan di situ untuk memudahkan lelaki yang bekerja sebagai tukang atau pelombong menyimpan jam poket mereka. Ya la kan, mungkin sebab time tu agak leceh pula kalau nak pakai jam tangan ketika bekerja. 

Img 8689
Gambar sekadar hiasan

Walaupun orang zaman sekarang dah tak guna jam poket sebab boleh tengok jam guna smartphone je, namun poket kecil itu masih ada pada seluar masa kini sebab mereka nak kekalkan rekaan asal seluar jeans ini.

Jadi, korang jangan la fikir kewujudan poket kecil tu sia-sia tau. Mungkin lepas ni korang boleh letak lipstick, AirPods atau kerongsang kecil dalam poket tu. 

Sumber: Insider, TODAY

Baca: Haram Pakai Seluar Jeans, Ini 7 Peraturan Pelik Yang Diamalkan Di Korea Utara

Jp 1

Sumber: Lobak Merah
Sumber: Lobak Merah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.