in

“Terpengaruh cerita luar negara” – Kali Ini Kanak-kanak Di Ipoh Pula Reka Cerita Diculik ‘Van Putih’

Collage 62

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah jadi trend ke?


Baru sahaja pihak polis di Kedah mengesahkan bahawa seorang kanak-kanak telah mereka cerita diculik seorang lelaki kerana takut kena marah pulang lambat ke rumah, kali ini perkara yang lebih kurang sama pula berlaku di Ipoh, Perak.

Sebelum ini, viral posting di Facebook apabila seorang bapa telah kongsikan kisah anak perempuannya hampir menjadi mangsa penculikan di depan sekolah. Korang boleh baca ceritanya dekat sini.

Namun begitu, selepas siasatan terperinci dijalankan ke atas kes cubaan culik di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan, Taman Pinji Mewah ini, lain pula yang ditemui.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, pihaknya mendapati cerita ini tidak benar dan hanyalah rekaan kanak-kanak tersebut, lapor Berita Harian.

306600889 196536212747638 3768646974110424274 N

Kita sudah menyiasat perkara ini sedalam-dalamnya dan kita memanggil lima saksi iaitu rakan sebaya, dua pengawal keselamatan dan pemandu van yang menghantar kanak-kanak itu.

“Kita mendapati cerita dan laporan yang mengatakan cubaan diculik adalah tidak benar sama sekali.

“Kanak-kanak ini hanya mereka-reka cerita kepada ibunya kerana terpengaruh dengan kejadian di luar negara yang ditularkan di media sosial berkenaan kejadian kanak-kanak ditangkap, diculik dan dijual organ.”

Pihak polis turut memanggil kanak-kanak tersebut untuk disiasat dan mendapati kanak-kanak ini ingin melihat bagaimana polis mengambil tindakan menangani kes culik.

Manakala van putih yang disebut pula hanyalah van membawa pekerja dan bukanlah kenderaan yang digunakan untuk menculik seperti dakwaan tersebut.

Dia terpengaruh dengan perkara itu sebelum mereka cerita kepada ibunya yang kemudian membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan anaknya.

“Dia ingin melihat bagaimana polis mengambil tindakan dan melakukan siasatan (berhubung kes culik).”

Pihak polis kini masih menjalankan siasatan lanjut dan belum mengambil sebarang tindakan terhadap mana-mana pihak.

 

Baca: Dakwa Bergelut Dengan Penculik Untuk Lepaskan Diri, Rupanya Murid Darjah 4 ‘Reka Cerita’ Sebab Takut Kena Marah

Collage 61

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.