in

Terlepas Hukuman Gantung, Lelaki Bun*h Isteri & Anak Tiri Dihukum Penjara 72 Tahun & 24 Sebatan

Untitled design

Seorang lelaki warga Singapura, Shahrul Nizam Zuraimy, 36, terlepas hukuman gantung selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 72 tahun dan 24 sebatan kerana membunuh isteri dan anak tirinya.

Untitled design 3 1

Mahkamah Tinggi Ayer Keroh hari ini, telah menjatuhkan hukuman tersebut kepada tertuduh selepas mendengar hujahan daripada peguam. Hakim, Datuk Anselm Charles Fernandis berkata, perbuatan tertuduh dianggap sangat kejam kerana cuba untuk menyembunyikan mangsa bagi menghilangkan jejak bau dan darah.

Kepala kedua-dua mangsa dibungkus dengan teliti dan disembunyikan di atas siling untuk mengelakkan bau dan darah dikesan. Tertuduh juga membuang sebahagian tubuh kedua-dua mangsa di kawasan semak.

Mahkamah juga mengambil kira tindakan tertuduh membersihkan rumah selepas kejadian sebelum pergi ke Singapura dan ditangkap oleh polis di sana sebelum diserah kepada polis Malaysia.

Selepas meneliti keseluruhan keterangan saksi pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati tertuduh bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan.”

Artikel berkaitan: Mayat Misteri Ditemui Terapung Di Taman Tasik Danau Kota

Artikel berkaitan: Mayat Pelajar Kolej Ditemui Terg*ntung Di Kipas, Suspek Mungkin Kenal Mangsa

Memetik laporan Berita Harian, mahkamah berpendapat bahawa cubaan mangsa mengerat dan membuang di kawasan berlainan seolah-olah cuba untuk menyukarkan proses mengenalpasti identiti mangsa-mangsanya.

Terdahulu, keluarga mangsa yang memberikan kenyataan telah menangis dan merayu supaya mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap tertuduh ekoran trauma yang dirasai oleh pembunuhan kejam itu.

Manakala, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asri Abd Rahman Sidik dan Nur Syazwanie Marizan memohon mahkamah untuk mempertimbangkan hukuman gantung sampai mati kepada tertuduh selepas mengambil kira kekejaman tertuduh mengerat mayat dan membunuh anak tiri yang berusia 11 tahun, serta menghujahkan supaya pemenjaraan berasingan dikenakan bagi kedua-dua pertuduhan jika tidak dihukum mati.

Namun, peguam yang mewakili tertuduh, Andrew Lourdes dan Chua Yong Yi merayu untuk tidak dikenakan hukuman gantung sampai mati kerana tertuduh sudah insaf dan mengakui kesalahannya serta berkelakuan baik sepanjang enam tahun dalam tahanan di Penjara Sungai Udang.

sec pic

 

Mahkamah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman penjara 36 tahun dan 12 sebatan secara berasingan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 11 Oktober 2019.

Sumber: Berita Harian, Sinar Harian