in

“Terlalu tinggi hingga sukar cari jodoh” – Kerana Berketinggian 2.26 Meter, Gadis Ini Terpaksa Cari Teman Lelaki ‘Online’

Terlalu Tinggi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita cantik dari China bernama Xiao Mai mengakui mengalami masalah untuk mencari jodoh disebabkan terlalu tinggi.

Xiao Mai yang berasal dari wilayah Heilongjiang itu mempunyai ketinggian 2.26 meter, jauh lebih tinggi daripada kebanyakan lelaki di negara tersebut.


Wanita tersebut telah menjadi ‘viral’ di China setelah videonya tular di laman sosial.

Oleh sebab ketinggiannya yang luar biasa, Xiao Mai yang berusia 25 tahun terpaksa mencari teman lelaki secara dalam talian setelah usahanya mencari jodoh gagal.

Menurut Xiao Mai, idea untuk membuat video mencari teman lelaki merupakan idea ibunya.

Bagaimanapun, setelah video tersebut tular, ramai lelaki yang datang mencari Xiao Mai di kediamannya untuk melihat sendiri ketinggian wanita berkenaan.

Terlalu Tinggi
Xiao mai yang berketinggian 2. 26 meter bergambar di sebelah pintu rumahnya.

Malah, Xiao Mai juga tiba-tiba menjadi popular kerana didatangi bukan sahaja lelaki yang ingin mencuba menjadi teman lelaki, malah warga asing dari luar negara yang datang semata-mata untuk mengambil gambar.

“Xiao Mai sebenarnya adalah seorang yang pemalu. Namun, setelah menjadi ‘viral’, Xiao Mai telah berubah dan menjadi selesa untuk melayan orang-orang yang datang untuk menemuinya.

“Malah, Xiao Mai juga melayan semuanya dengan baik, walaupun ada yang datang hanya untuk bergambar,” jelas ibunya.

Artikel berkaitan: Miliki Ketinggian 220 CM, Pemain Bola Keranjang Remaja China Ini Jadi Perhatian Ramai

Artikel berkaitan: Pemilik Kedai Gantung Tisu Tinggi Di Siling Jadi Perhatian Ramai

Menurut laman sesawang Oddity Central, Xiao Mai sememangnya tinggi sejak kanak-kanak lagi. Ketika dia berusia 12 tahun, ketinggiannya sudahpun mencecah 1.8 meter.

Pada zaman sekolah, Xiao Mai merupakan bintang bola keranjang dan telah menerima banyak tawaran untuk bermain secara profesional.

Xiao Mai Tall Girl3
Ketinggian xiao mai ketika berusia 12 tahun jika dibandingkan dengan rakan sebaya.

Bagaimanapun, dia terpaksa berhenti bersukan kerana mengalami kecederaan serius ketika berusia 13 tahun.

“Xiao Mai mengalami banyak masalah ketika di sekolah. Disebabkan terlalu tinggi, dia sukar untuk duduk. Hendak beli baju pun susah kerana tidak ada seluar yang muat.

“Malah, disebabkan itu, Xiao Mai berasa sangat malu dengan ketinggiannya. Lama-kelamaan, dia jadi pendiam dan tidak mahu bergaul dengan orang ramai,” cerita ibunya.

Tambah ibunya, dia berharap dengan ketularan video berkenaan, Xiao Mai tidak lagi berasa malu untuk berjumpa orang ramai.

“Saya harap dia akan keluar dari kepompongnya dan jadi seorang yang lebih yakin. Dapat teman lelaki atau tidak, itu saya tidak kisah,” jelasnya.

Sumber: Oddity Central

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.