in

[TERKINI] Sah! Tulang Yang Dijumpai Penduduk Sewaktu Cari Acap Merupakan Tulang Manusia

Featured 46

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ni genap sebulan kehilangan Mohammad Ashraf Hassan atau lebih mesra dipanggil Acap selepas dilaporkan hilang pada 23 Mac sewaktu menyertai larian Gopeng Ultra Trail.


Terbaharu pada 20 April penduduk kampung menemui serpihan tulang sewaktu misi pencarian Acap di Gua Kandu, Gopeng Perak.

Hari ini memetik Berita Harian, Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh mengesahkan serpihan tulang yang ditemui tersebuh sah tulang manusia.

551F88206Ab15Efdb2A14Bd6Bbcaf5C5
Sumber : malaysiakini

Ketua Polis Daerah Kampar, Superitendan Hasron Nazri Hashim memaklumkan yang bedah siasat tersebut juga mendapati serpihan tulang tersebut merupakan tulang lama melihatkan kepada strukturnya yang sudah reput.

Tengah hari semalam, proses bedah siasat selesai di Jabatan Forensik HRPB, Ipoh dan pengesahan awal mendapati serpihan tulang ditemui itu adalah tulang manusia dan ia juga adalah tulang lama.”

Difahamkan serpihan tulang tersebut akan dihantar ke Jabatan Kimi untuk dilakukan padanan DNA ahli keluarga Acap.

“Pada jam 2 petang semalam, kita sudah mengambil spesimen darah seorang ahli keluarga Mohammad Ashraf Hassan di Hospital Kampar.

“Serpihan tulang dan spesimen darah itu akan dihantar ke Jabatan Kimia hari ini untuk tujuan padanan DNA.”

Katanya padanan itu perlu dilakukan bagi membuktikan kaitan penemuan tulang tersebut dengan misteri kehilangan Acap, 29 tahun.

Superitendan Hasron bagaimanapun berkata keputusan ujian DNA tersebut dijangka akan ambil masa sebulan hingga dua bulan sebelum boleh disahkan.

Screenshot 2019 04 23 At 13.16.58
Sumber : google

Untuk makluman korang sebelum ini pihak forensik sudah mengambil satu tulang panjang seakan tulang betis dan lapan serpihan berukuran lebih kurang 15 sentimeter ke 20 sentimeter yang ditemui itu untuk ujian.

Bagaimanapun menurut laporan media, polis tidak menemui tengkorak atau rangka lain di lokasi itu.

Semoga usaha pencarian Acap dipermudahkan dan dia dipertemukan selamat. Amin

Baca : [TERKINI] Jika Disahkan Ia Tulang Manusia, Ujian DNA Akan Dijalankan Untuk Lihat Padanan DNA Mohammad Ashraf Ketua Polis Perak

Tulang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.