in

[TERKINI] Sah! Tan Sri Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Sebagai PM

Ft Pm Letak Jawatan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengesahkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia berikutan dengan tiada sokongan majoriti.


Maka pada hari ini saya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh ahli jemaah menteri sebagai mana yang dikehendaki oleh perlembagaan persekutuan.

“Saya telah kehilangan kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat, tindakan saya ini adalah selaras dengan sumpah jawatan saya untuk sentiasa menjunjung dan melindungi.”

Katanya, beliau dah lakukan pelbagai ikhtiar hingga ke saat akhir untuk selamatkan perlembagaan negara, setidaknya menguruskan pandemik, menguruskan vaksinasi dan pemulihan ekonomi.

“Ada pihak yang rakus merebut kuasa daripada mempertaruhkan nyawa sedara sedari sekalian.”

Pentadbiran PN merupakan pemerintahan paling singkat iaitu hampir 18 bulan berbanding Pakatan Harapan sebelum ini yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke -14.

Baca : [TERKINI] KJ Sahkan Kabinet Telah Letak Jawatan?

Collage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.