in

[TERKINI] Rosmah Mansor Diarah Bela Diri Atas 3 Pertuduhan Rasuah Kes Projek Hibrid Solar

Rosmah Bela Diri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor untuk membela diri atas pertuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar hibrid bagi 369 sekolah dekat pedalaman Sarawak. 

Menurut Berita Harian, Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan isteri bekas Perdana Menteri berkenaan.


Selepas keputusan penghakiman dibaca, Rosmah kemudian telah memilih untuk memberi keterangan secara dari kandang saksi.

Terdahulu, sebelum prosiding bermula kira-kira jam 9.45 pagi, Datuk Seri Najib Razak telah dilihat memasuki kamar mahkamah bagi menemani isterinya dan mengikuti keputusan kes berkenaan.

Menerusi fakta kes, Rosmah, 69, dibicarakan atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin menerusi Rizal Mansor bagi membekalkan tenaga solar bernilai RM1.25 bilion kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tiga tempat berasingan iaitu di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta; di kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, antara Januari 2016 hingga 7 September 2017.

Akhirnya keputusan kes sudah terjawab. 

Baca: Bebas Atau Bela Diri? Keputusan Mahkamah Kes Rasuah Tenaga Hibrid Solar Rosmah Mansor Akan Diumumkan Esok

Rosmah Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.