in

[TERKINI] PM Jawab Tuduhan Derhaka Kepada Raja

Pm Jawab Tuduhan Derhaka Kepada Raja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam Pengumuman Khas yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, beliau telah menjawab segala persoalan isu dan spekulasi yang timbul berikutan dengan kemelut politik yang melanda negara sejak kebelakangan ini.



Antaranya tuduhan yang menyatakan beliau derhaka kepada raja. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, apa yang dilakukannya adalah ingin memelihara keluhuran perlembagaan dan mempertahankan institusi raja berpelembagaan..

“Saya tidak akan mengorbankan prinsip saya dan membelakangi sumpah jawatan saya untuk menunaikan segala kewajipan dengan jujur, dan menumpahkan taat setia kepada raja dan negara serta memelihara, melindungi dan mempertahankan perlambagaan, saya doakan agar rakyat dan negara kita terus dilindungi oleh Allah S.W.T.”

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menyeru kepada penjawat awam terutamanya, petugas barisan hadapan untuk tabah dalam menjalankan tugas mereka tanpa ada gangguan kemelut politik. Dakwa beliau, ada pihak yang kurang senang dengan ketegasannya

“Tidak melayan beberapa tuntutan mereka, termasuklah desakan supaya saya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah,” katanya.

 

Baca : [TERKINI] Perdana Menteri Tak Letak Jawatan, Ada Surat Akuan Masih Mempunyai Majoriti Sokongan

E766Xe0Voau72R6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.