Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 1,228 kes baru telah dilaporkan hari ini (24 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 25,742 kes.
Dari 1,228 kes ini, 1217 adalah kes tempatan dan 11 kes import.
Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 8,966 kes.
Manakala 92 pesakit berada di ICU dan 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.
7 kes kematian baru menjadikan jumlah kematian sebanyak 221 kes.
671 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 16,555 kes.
Baca: [TERKINI] 629 Kes Positif & 6 Kematian Dilaporkan Hari Ini