Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 629 kes baru telah dilaporkan hari ini (16 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 18,758 kes.
Daripada 629 kes ini, 627 kes tempatan ( 577 warganegara dan 50 bukan warganegara) dan 2 kes import.
Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 6,323 kes.
Manakala 99 pesakit berada di ICU dan 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.
6 kes kematian baru menjadikan jumlah kematian sebanyak 176 kes.
245 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 12,259 kes.
Baca: [TERKINI] Masih Tiga Angka! 589 Kes Baru, 409 Kes Sembuh & 3 Kematian Dilaporkan Hari Ini