Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 2,188 kes baru telah dilaporkan hari ini (24 November 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 58,847 kes.
Dari 2,188 kes ini, SEMUA adalah kes tempatan.
Kes paling tinggi, Selangor 1,623 dan sebahagian besar daripada Kluster Teratai. Negeri lain, Sabah 232, Perak 112 dan KL 90.
Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 14,353 kes.
Manakala 112 pesakit berada di ICU dan 49 kes memerlukan bantuan pernafasan.
4 kes kematian baru menjadikan jumlah kematian sebanyak 341 kes.
1,673 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 44,153 kes.
Baca: [TERKINI] Meningkat! 1,210 Kes Positif Covid 19 & 5 Kematian Dilaporkan Hari Ini