in

[TERKINI] Masih Tinggi, 1,741 Kes Positif Baharu & 7 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa Malaysia telah mencatat sebanyak 1,741 kes positif baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 120,818 setakat 12 tengah hari tadi.

Untuk pengetahuan korang, dari 1,741 kes positif baharu hari ini, 1,733 adalah kes tempatan dan 8 daripadanya adalah kes import.


Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif setakat ini adalah 22,089 kes.

Manakala seramai 122 pesakit berada dalam ICU dan 53 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

KKM juga memaklumkan, hari ini Malaysia mencatat sebanyak  7 kematian menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 501 kes.

Jumlah kes sembuh hari ini adalah sebanyak 1,010 kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 98,228 kes.

 

Baca: [TERKINI] Tingginya! 2,525 Kes Positif Baharu & 8 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Noor Hisham Abdullah2 03072020

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.