in

[TERKINI] Masih Tiga Angka, 489 Kes Baru, 74 Kes Pulih & Tiada Kematian Dilaporkan Hari Ini

Noor Hisham Abdullah2 03072020 2

Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 489 kes baru telah dilaporkan hari ini (7 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 13,993 kes.

Daripada 489 kes ini adalah 487 kes tempatan dan 2 kes import. 

120838578 1704942696350100 7314959564488873913 O

Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 3351 kes.

Manakala 40 pesakit berada di ICU dan 13 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada kes kematian baru menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 141 kes.

74 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 10,427 kes.

 

Baca: [TERKINI] Naik Hampir 2 Kali Ganda! 691 Kes Baru & 4 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Noor Hisham Abdullah2 03072020 2