in

[TERKINI] Johor & Perak Dibenarkan Solat Jumaat Di Masjid Dan Surau Bermula Esok

Feat 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita gembira buat masyarakat beragama islam di Johor dan Perak apabila kerajaan di kedua-dua negeri terbabit membenarkan solat jumaat dilakukan di masjid dan surau mulai esok.

Bagaimanapun solat jumaat yang dilakukan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini perlu mematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan.


Menerusi facebook Jabatan Mufti Johor, keputusan itu diambil berdasarkan kaedah feqah dan hujah mahu menegakkan syiar Islam.

1 10

2 7

3 5

4 4

5 1

Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi ialah :

  • Perlaksanaan solat jumaat ini terhad kepada 12 jemaah sahaja yang terdiri daripada imam 1, imam 2, bilal, noja dan 8 ahli jawatankuasa masjid yang digilirkan.
  • Manakala ahli kariah hendaklah menunaikan solat zohor di rumah masing-masing sebagai ganti solat jumaat.

Manakala di Perak, selain solat jumaat, Majlis Agama Perak dan Adat Melayu Perak turut membenarkan solat sunat Aidilfitri dengan beberapa syarat, lapor FMT.

  • Mengehadkan kepada 12 jemaah yang terdiri daripada ahli jawatankuasa surau dan pegawai masjid atau surau.
  • Kariah berusia lebih 60 tahun tidak digalakkan untuk berjemaah.

Setiap jemaah hendaklah membuat pemeriksaan suhu badan, sanitasi tangan dan merekodkan kehadiran, mengambil wuduk sebelum datang ke masjid dan membawa sejadah masing-masing.

“Mereka yang bergejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak dan selesema tidak dibenarkan hadir,”

Kenyataan itu dimuatnaik majlis agama tersebut di facebooknya.

https://www.facebook.com/jabatanagamaislamperak/posts/631288714133550

 

Alhamdulillah.

Baca : “Alhamdulillah” ; Perlis Negeri Pertama Benarkan Solat Jumaat Mulai 15 Mei

11

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.