in

[TERKINI] Hafidz Roshdi Akan Didakwa Isnin Ini, Isu Tumbuk Isteri

Hafidz Roshdi Didakwa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Hafidz Roshdi yang didakwa menumbuk muka isterinya sehingga meninggalkan parut kekal di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, baru-baru ini akan dituduh di mahkamah pada Isnin depan.

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan pelakon yang berusia 29 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Baharu.


Difahamkan, pelakon itu akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

https://www.instagram.com/p/CobyvJ2PCKc/?utm_source=ig_embed&ig_rid=10d8d547-1400-49d2-a851-4cf52070af24

Terdahulu media melaporkan pelakon berkenaan ditahan polis selepas isterinya membuat laporan di Balai Polis Jinjang, mendakwa ditumbuk suaminya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan pada bahagian mata.

Pelakon terbabit ditahan kira-kira jam 12 tengah hari 5 Mac lalu ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Dia kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai diambil keterangan pada petang hari sama.

Baca: “Lepas hujan, pasti ada pelangi” – [VIDEO] Ucapan Bella Astillah Pada Shuhada Undang Sebak Netizen

Shuhada Menangis Bella Astillah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.