Sedari tempoh berkempen hinggalah tiba hari mengundi, hati setiap rakyat Malaysia pastinya berdebar-debar. Selepas Pakatan Harapan diumumkan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14, kita berdebar pulak nak tahu kerajaan baru di bawah pentadbiran Perdana Menteri ke-7, Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir secara langsung sebentar tadi telah pun mengumumkan dua lagi menteri dalam kabinet di bawah pimpinannya dan untuk tidak membuat korang ketinggalan, admin update kan dekat bawah ni:
Perdana Menteri: Tun Dr Mahathir Mohamad
Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail
Menteri Kewangan: Lim Guan Eng
Menteri Pertahanan: Mat Sabu
Menteri Dalam Negeri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri Pelajaran (digabung menjadi satu): Tun Dr Mahathir Mohamad
Menteri Kebajikan, Keluarga dan Wanita: Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Menurut Perdana Menteri, Istiadat Angkat Sumpah bagi jawatan menteri akan diadakan Isnin ini hanya membabitkan 13 orang sahaja.
Sama-sama kita nantikan list penuh nama-nama menteri yang dilantik dalam kabinet baru ini.
Baca: Rahman Dahlan Tegur Tun M Umum Dasar Tanpa Kabient Penuh