TERKINI Covid-19 : Malaysia Catat 130 Kes Baharu, Kini Mengatasi Jepun Dengan Jumlah 1,030 Kes

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Perkembangan terbaru sehingga 20 Mac 2020 sekitar pukul 12 tengah hari berdasarkan kenyataan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia,  terdapat 130 kes baharu yang telah dilaporkan.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,030 kes. Berdasarkan siasatan awal, daripada 130 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 48 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Sehingga kini, seramai 26 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat 12 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 87 kes.

Secara langsungnya Malaysia telah mengatasi Jepun yang kini mencatatkan 963, diikuti Australia 876 dan Canada 873.

Orang ramai dinasihatkan agar berada di rumah sepanjang tempoh Perintah ini.

 

Baca : “Dah nak cecah 1000!” – 110 Kes Baru Positif Covid-19 Hari Ini & 20 Pesakit Kritikal di ICU, Jumlah Terkini 900 Kes

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?