Sidang media perkembangan terkini Covid-19 di negara ini yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebentar tadi mendedahkan bahawa 110 kes baru dilaporkan pada hari ini (19 Mac 2020).
Menurut Dato’ Seri Dr. Adham Baba, hari ini juga mencatatkan sebanyak 15 kes positif Covid-19 telah sembuh dan dibenarkan discaj dari wad. Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes yang telah sembuh dan discaj adalah 75 kes.
Dalam 110 kes yang dilaporkan pada hari ini, 63 daripada pesakit dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek, Sri Petaling. Selain itu, 20 pesakit pula kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Sehingga kini, seramai 20 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.”
Melalui Twitter pula, KKM memaklumkan tiada seorang pun warganegara Indonesia yang tersenarai dalam 900 kes positif di sini. Bagi 83 orang rakyat Malaysia yang sertai perhimpunan Sulawesi itu pula, mereka akan dikuarantin apabila pulang nanti.