in ,

TERKINI : Catat 17 Kes Positif Covid-19, Seluruh Penghuni Menara City One Dah Tak Boleh Keluar Langsung

Pkpd2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kondominium Menara City One, Jalan Munshi Abdullah, di Kuala Lumpur dikenakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 31 Mac hingga 13 April ini.


Ia berikutan dengan terdapat 17 kes positif jangkitan COVID-19 di menara tersebut.

 

Semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.” – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Menara One

Tambahnya lagi,  bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut
sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan. Malah semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan (essentials) di menara tersebut.

“Penghuni boleh membuat pesanan makanan yang boleh dihantar di lobi keselamatan pintu utama menara.”

Dalam pada itu, Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD. Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan yang diarahkan PKPD.

 

Baca : Arahan PKP Di Dua Kawasan Di Kluang, Johor Diperketatkan, Penduduk Tak Boleh Keluar Langsung Bermula 12 Malam Tadi!

Pkpd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.