in

[TERKINI] CAAM Sahkan Ada 2 Penumpang Termasuk Juruterbang Dalam Nahas Pesawat Terhempas Di Klang

Untitled Design 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, satu Malaysia digemparkan dengan berita sebuah pesawat ringan dipercayai terhempas di kebun kelapa sawit sekitar Sekolah Kebangsaan Tok Muda, Kapar, Klang.


Beberapa gambar serta video daripada orang awam tular berkenaan tragedi yang berlaku kira-kira jam 1 petang tadi.

Artikel berkaitan: Lagi Insiden Pelanggaran Pesawat Di Jepun, Kali Ini Disebabkan Kenderaan Penunda Tergelincir

Artikel berkaitan: Pesawat Alaska Airlines Terpaksa Buat Pendaratan Cemas Apabila Panel Tingkap Kapal Terbang Bahagian Penumpang Tercabut

Terbaru, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan insiden itu dan difahamkan pesawat berkenaan dikendalikan oleh Air Adventure Flying Club yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor.

Dalam kenyataan media CAAM, kali terakhir pesawat itu berhubung dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada jam 1.35 petang dan tiada panggilan kecemasan diterima.

Difahamkan, terdapat dua penumpang termasuk seorang juruterbang dalam pesawat tersebut namun kedua-dua mangsa masih belum dapat dipastikan setakat ini.

Dalam pada itu, menurut laporan Harian Metro, seorang orang awam yang berada di sekitar kawasan itu berkongsi detik-detik sebelum pesawat ringan jenis BK 160 Gabriel itu hilang kawalan dan terhempas di situ.

“Saya ketika itu sedang menukar tayar kereta di luar rumah sebelum terdengar bunyi bising dan terkejut melihat pesawat hilang kawalan sebelum terjunam disusuli bunyi dentuman kuat,” katanya.

Jinaidi Nasiran turut berkongsi sejurus mendengar dentuman itu, dia memeriksa kawasan kejadian yang terletak kira-kira 50 meter darinya dan mendapati pesawat itu sudah pun terjunam ke tanah kebun kelapa sawit tersebut.

Sumber: X, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.