Berikutan dengan berita tergempar berkenaan dengan penyerahan surat perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Agong sebentar tadi, terkini Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim kini dilaporkan sedang menghadap Agong di Istana Negara.
Anwar Ibrahim menghadap Agong
Tonton lintas langsung di sini.
Menerusi lintas langsung Malaysia Kini, Anwar Ibrahim menghadap Agong pada jam 2.30 pm tadi. Para media sekarang sedang berkumpul di pintu dua Istana Negara.
Sebelum ini, Presiden PKR ada menjelaskan yang dia berpuas hati dengan keputusan perdana menteri selepas bertemu dan berbincang dengannya sebentar tadi.
Pertemuan ini juga menyusuli pengumuman PPBM keluar Pakatan Harapan, 9 ahli Parlimen PKR keluar parti, dan pemecatan keahlian parti Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin, lapor Free Malaysia Today
Baca : GEMPAR! Dr Mahathir Serahkan Surat Perletakan Jawatan Sebagai Perdana Menteri Kepada Agong