in

GEMPAR! Dr Mahathir Serahkan Surat Perletakan Jawatan Sebagai Perdana Menteri Kepada Agong

Collage 54

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak mesyuarat tergempar petang semalam, kesemua rakyat Malaysia ternanti-nanti keputusan dan pencerahan dari perdana menteri kita. Dikatakan juga, sebanyak berpuluh-puluh kenderaan menteri keluar masuk dari Istana Negara sejak petang semalam.


758E818C 54Ee 11Ea 8948 C9A8D8F9B667 Image Hires 072045

Namun, apa yang menggemparkan, The Malaysian Insight baru sahaja mengeluarkan perkembangan terbaru beberapa minit lepas mengatakan yang Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Agong sebentar tadi.

Ini dikhabarkan selepas, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan yang dia berpuas hati dengan keputusan perdana menteri selepas bertemu dan berbincang dengannya sebentar tadi, lapor TMI.

Pakatan Harapan Anwar Ibrahim Pkr 02 Full

Saya baru balik dari rumah Dr Mahathir. Kami bincang beberapa perkara dan saya berpuas hati dengan pendiriannya untuk mengutamakan prinsip. Agenda reformasi harus diteruskan.”

Keputusan perletakan jawatan ini sekarang terletak di tangan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk terima atau pun tidak.

Sidang media mengenai perletakan jawatan ini akan diadakan tak lama lagi.

 

Baca: “Saya sudah menunggu selama 20 tahun” – Anwar Sedia Tunggu 6 Bulan Lagi Untuk Ganti Dr Mahathir

Screenshot 2020 02 24 At 2.03.57 Pm

Sumber: SCMP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.