in

[TERKINI] 235 Kes Baru, Terkini Kes Positif Covid-19 Dah Cecah 2,031 & 4 Kematian Baru!

Et9R7Nfu0Aegkbm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan sebanyak 235 kes baru dilaporkan hari ini (26 Mac 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini kepada 2,031 kes.


60 daripada kes baru adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan di Seri Petaling. Baki 175 kes masih dalam siasatan dan mungkin berkaitan dengan kluster lain.

Manakala 45 pesakit di ICU (32 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan).

4 kematian baru menjadikan jumlah kematian sebanyak 23 kes.

Kes kematian ke-22 merupakan kes ke-1797, lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik dan menghadiri perhimpunan di Seri Petaling.

Kes kematian ke-23 merupakan kes ke-1840, lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kronik. Kes beliau masih dalam siasatan sekiranya mempunyai kaitan dengan mana-mana kluster COVID19.

 

Baca: [TERKINI] KKM Sahkan 21 Kes Kematian Covid-19

Covidmaut2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.