Baru sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan sebanyak 212 kes baru dilaporkan hari ini (23 Mac 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini kepada 1,518.
Menurut Pengarah KKM Datuk Dr Noor Hisham Bin Abdullah, sebanyak 123 dari kluster tabligh Masjid Sri Petaling dan selebihnya adalah kontak rapat, PUI dan dalam siasatan.
Manakala jumlah pesakit yang berada di ICU pula adalah 57 orang dan 27 antara mereka memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kematian akibat Covid-19 pula malangnya telah meragut nyawa seramai 14 orang.
- Kes kematian ke-12 merupakan kes 1114, warga Malaysia berusia 70 tahun yang merupakan salah seorang jemaah tabligh di Masjid Jamek.
- Kes kematian ke-13 merupakan kes 1006, berumur 49 tahun. Lelaki warganegara Malaysia yang merupakan anak kepada kes 103.
- Kes kematian ke-14 merupakan kes 595 yang berumur 51 tahun. Seorang perempuan warganegara Malaysia yang dirawat di Hospital Miri. dan merupakan kontak rapat dengan kes positif dari kluster tabligh.
Di laman Twitter, KKM turut memuatnaik taburan kes Covid-19 di Malaysia mengikut negeri setakat 23 Mac 2020.
Taburan kes #COVIDー19 di Malaysia mengikut negeri setakat 23 Mac 2020.
Selangor, Kuala Lumpur, Sabah dan Johor mencatat kes tertinggi. pic.twitter.com/BRDKmXSXZ9
— KKMalaysia???❤️ (@KKMPutrajaya) March 23, 2020
Baca: TERKINI: Kematian Ke-11 Akibat Covid-19