Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 1,141 kes baru telah dilaporkan hari ini (4 Disember 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 70,236 kes.
Dari 1,141 kes ini, 1,138 adalah kes tempatan dan 3 kes import.
Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 10,799 kes.
Manakala 129 pesakit berada di ICU dan 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.
TIADA kes kematian baru menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 376 kes.
1,144 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 59,061 kes.
Baca: [TERKINI] Naik Balik! 1,075 Kes Positif Baru & 11 Kematian Dilaporkan Hari Ini