in

Terkedu & Menggigil Lihat Bapa, Anak Lelaki Allahyarham Dharma Harun Kongsi Detik Akhir

detik terakhir dharma harun meninggal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam tadi, dunia seni dikejutkan dengan pemergian pelakon veteran, Dharma Harun Al Rashid, 68, yang dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur.

Perkara itu dimaklumkan oleh anak kedua seniman itu, Muhammad Al Syafiq, 36, yang menemukan bapanya sudah tidak bernyawa ketika pulang ke rumah kira-kira pukul 9.10 malam.


Berkongsi kepada media, Syafiq berkata sudah menjadi kebiasaan untuk dia menyapa bapa dan memaklumkan pemergiannya ke kelas sebelum meninggalkan rumah mereka.

“Pagi tadi dia suruh saya tutup penghawa dingin. Saya beritahu saya nak gerak awal sebab ada peperiksaan.

“Saya cuma sempat cakap ‘saya gerak dulu, bas dah sampai’. Itulah kata-kata terakhir saya dengan dia.

“Saya tak pernah rasa berat atau kurang ajar dengan dia. Saya faham dia dah berumur,” ujarnya.

Artikel berkaitan: Pelakon Popular Era 80-an, Dharma Harun Makin Kurus Berat Hanya 45kg

Artikel berkaitan: Anak Dharma Harun Nafi Tak Nak Bantu Keluarga, Mahu Habis Belajar Dulu

dhar17 HMfield image socialmedia

Menurutnya, kesibukan dengan jadual belajar dan ditambah keadaan jalan raya yang sesak akibat hujan membuatkan dia serta kakaknya, Siti Qurratu Aini, 37, yang juga belajar di ASWARA terlambat sampai di rumah.

“Selalunya kakak ada di rumah sebab saya bekerja dan selalu ada tugasan luar. Tapi hari ini kami berdua balik lewat.

“Nak kata serba salah itu ada sebab kami lambat balik. Bila tengok ayah terbaring di sofa ruang tamu, saya terkedu dan menggigil,” luahnya.

Mengimbas kenangan dengan Allahyarham, Syafiq berkata, dia akan memegang amanah arwah untuk menamatkan pengajiannya di ASWARA.

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Selaseh pada pagi Rabu.

Untuk info, Allahyarham merupakan antara pelakon lelaki popular era 1980-an. Antara filem yang pernah melonjakkan nama beliau termasuk Adik Manja (1980), Prebet Lapok (1979) dan Mekanik (1983).

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.