Umum mengetahui Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah satu dasar yang dicipta oleh kerajaan untuk memperkasakan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia.
PPSMI sebelum ini pernah diperkenalkan pada tahun 2003, namun dimansuhkan pada tahun 2013 kerana dianggap tidak praktikal untuk perkembangan potensi pelajar di kawasan luar bandar.
Bercerita tentang penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Matematik dan Sains, seorang pengguna media sosial turut mempunyai pandangannya yang tersendiri dalam isu ini.
Menurut hantaran yang dimuat naik di Facebook, lelaki ini menerangkan sebab utama bahasa Inggeris perlu digunakan berbanding Bahasa Melayu. Terangnya, penggunaan Bahasa Melayu dalam Sains dan Matematik akan kelihatan pelik dan bahaya untuk para pelajar.
Untuk menyokong kenyataan tersebut, beberapa contoh terjemahan telah disertakan sebagai bukti. Berikut adalah terjemahan ‘bahaya’ seperti yang dinyatakan:
Malah, dia juga menyertakan contoh terjemahan ayat yang akan kelihatan pelik dan lucah jika menggunakan Bahasa Melayu dalam subjek Sains dan Matematik.
Meskipun hantaran ini dikongsikan di Facebook sebagai hiburan, namun hantaran ini mula tular dan mendapat kecaman netizen yang beranggapan ini adalah satu penghinaan kepada Bahasa Melayu.
“Ini bukanlah cara yang betul dalam mentejemahkan…”
“Dah tua2 pun…”
“Ada benda yang sememangnya pekat…”
“Aku yang tak hebat bahasa inggeris pun tahu”
“Asyik fikir tentang lucah”
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, dan perlu menjadi kebanggaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Usahlah memperlekehkan Bahasa Melayu kerana ianya adalah jati dari bagi sesebuah negara.
BACA: Guna Bahasa Ibunda Dalam Laman Rasmi, Apple Indonesia Dipuji Netizen