in

Terima Surat Saman Dari Produksi, Zabidi Tetap Mahu Lawan Mentega Terbang

Ft Mentega Terbang Zabidi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui isu filem Mentega Terbang yang dipercayai mempunyai unsur yang bercanggah dengan pegangan umat Islam.

Menurut laporan Berita Harian, Zabidi tidak gentar dengan tindakan undang-undang yang bakal dia hadapi selepas menerima surat tuntutan daripada peguam yang mewakili pihak Mentega Terbang.


“Surat yang dihantar pada 3 Mac melalui peguam mereka itu adalah surat tuntutan untuk saya memadamkan semua hantaran saya yang berkaitan dengan Mentega Terbang, dan juga untuk saya membuat permohonan maaf,” kata Zabidi.

Photo 2023 03 05 15 28 51 1678001469

Zabidi memberitahu bahawa dia tidak ada memberi maklum balas apa-apa kepada pihak tersebut kerana menurut surat saman tersebut dia perlu bertindak dalam masa 48 jam.

Selain itu, Zabidi turut menyahut cabaran pengarah filem itu, Mohd Khairi Anwar, yang meminta orang ramai untuk menonton filem itu secara keseluruhan sebelum membuat sebarang spekulasi sendiri.

Terima surat peguam dari Mentega Terbang

Sebelum ini, Zabidi ada memuat naik sebuah hantaran di Facebook yang mendedahkan pihak Mentega Terbang ada meminta dia untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

https://www.facebook.com/zabidipenulis/posts/pfbid0vSbz4aKNZ3chqQSc1J5bxtzByxDcfoipqDux8TYw9rEd1xJKSyxz9ZyBY5yH9BqMl

Tambah Zabidi, dia turut menerima sokongan daripada pelbagai persatuan dan organisasi yang turut membantah mengenai jalan cerita filem tersebut.

“Ramai juga penerbit dan pengarah filem menghubungi saya, menyokong usaha saya untuk menghalang usaha memurtadkan umat Islam yang dibuat menerusi filem ini,” jelasnya.

Terdahulu, Harian Metro ada melaporkan bahawa penerbit, pengarah dan penulis skrip filem Mentega Terbang telah mengemukakan notis tuntutan kepada Zabidi agar dia memadamkan kenyataan mengenai filem itu yang mempersendakan agama Islam.

Pihak produksi filem Mentega Terbang turut menafikan kenyataan Zabidi yang mendakwa Mentega Terbang mempunyai unsur menghina, meremeh, dan mempersendakan agama Islam.

Hmm apa pendapat korang pasal kes filem Mentega Terbang ni?

Baca : Isu Filem Mentega Terbang: JAWI Akan Panggil Tim Penerbitan Untuk Siasatan

Kenyataan Media Menteri Agama Isu Mentega Terbang 728X383 1

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.