in

“Terima kasih, Uptown Danau Kota” – Bakal Pindah Ke Lokasi Baru Selepas 14 Tahun Beroperasi

Feature Image Uptown

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bazaria larut malam atau lebih dikenali dengan nama Uptown Danau Kota memang memang tidak asing lagi dengan kemeriahannya dalam menjual pelbagai jenis barang.

Uptown 1
Sumber: twitter

Namun setelah hampir 14 tahun beroperasi di situ, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Pelesenan Dan Pembangunan Penjaja telah mengeluarkan notis pengosongan tapak kepada semua peniaga.


Mereka diarahkan untuk berpindah ke tapak baru di kawasan lapang di jalan 1/2E, Danau Kota, Kuala Lumpur berkuatkuasa semalam. Tapi ni tapak sementara je.

Bagi peniaga yang gagal untuk mengikut arahan tersebut gerai milik mereka akan diberikan kompaun dan dirobohkan serta disita tanpa sebarang notis.

Notis
Sumber: twitter

Menurut perkongsian di laman Twitter oleh @AsalGombak, peniaga-peniaga akan di tempatkan di kawasan baru iaitu di sebelah JPJ Wangsa Maju dan akan diberi nama Bazaria Wangsa Maju.

Bagaimanapun sebelum berpindah ke Wangsa Maju, mereka akan ditempatkan di tapak sementara iaitu di tapak bekas loji bersebelahan dengan SK Danau Kota.

Namun muncul pula masalah apabila ada yang mempersoalkan tindakan DBKL yang mnegeluarkan notis awal dan tidak menunggu tapak di Wangsa Maju siap. Hmm betul juga ye.

Hsoxuax
Sumber: twitter

“Bukan mudah untuk kita buat setiap keputusan”

Tambahnya lagi memang banyak isu yang berlaku diantara penduduk setempat, peniaga, dan juga pihak penguatkuasa mengenai perkara ini.

Tapi macam mana pun, admin harap perkara ni cepat-cepat lah selesai dan semua pihak dapat manfaat.

 

Baca: ” Saya makan 3 ke 7 biji je ” – Remaja Bagi Pekerja Pasar Raya Sehelai Surat Dan Duit RM30, Bila Baca Rupa-rupanya…

Uyehh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.