in

“Terima kasih lah pada yang tak bertamadun” – Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 14 April, Rupanya Ini Sebabnya?

Feature 1 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun mengumumkan bahawa perintah kawalan pergerakan akan dilanjutkan bagi tempoh dua minggu lagi sehingga 14 April depan. Tindakan ini amatlah tepat agar usaha untuk menghentikan wabak Coronavirus di negara ini berjaya.


Namun, ada juga sesetengah pihak yang marah dengan penambahan tempoh PKP ini kerana katanya menghalang kebebasan rakyat. Bukannya saja-saja buat benda ni. Ingat best ke duduk terkurung je kat rumah kan. 

Balik

Rupanya, tempoh ini telah dilanjutkan kerana jumlah pesakit berkemungkinan akan bertambah berikutan ramai yang telah ingkar arahan dengan balik kampung sebelum 18 Mac lalu, lapor Sinar Harian.

Tbs

Selain itu, menurut Dr Hanafiah Bashirun, Pakar Kesihatan Awam, pembelian panik yang dilakukan secara beramai-ramai juga boleh menyebabkan jangkitan dan sekali gus jumlah pesakit akan bertambah.

Panic Buying Covid 19 01

Menurut beliau lagi, kerajaan bimbang kes baru semakin meningkat jika tempoh kawalan pergerakan ditamatkan pada 31 Mac depan. Sekarang ni pun masih ramai lagi yang ingkar arahan polis. Siap ada yang pergi jogging weh! 

Jika rakyat masih berdegil, berkemungkinan juga PKP akan diteruskan lagi.

Jadi, kalau korang nak sambut bulan Ramadhan dan Hari Raya dengan meriah, tolonglah duduk rumah. 

 

Baca: [TERKINI] TS Muhyiddin Yassin Umum Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Hingga 14 April

Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.