in

“Tergolek-goleklah di akhirat nanti” – Ustaz Ahmad Dusuki Beri Teguran ‘Tajam’ Buat Ifa Raziah

Ustaz Dusuki Ifa Raziah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial video selebriti terkenal Ifa Raziah berkelakuan kurang sopan dengan bergelek di sebuah majlis akikah.


Video tersebut kemudian mendapat kecaman hebat daripada netizen yang merasakan tindakannya itu tidak begitu sopan kemudian Ifa Raziah menepis kecaman itu dengan berkata sebagai penyanyi dangdut menghiburkan penonton dan bergelek itulah yang menjadi sumber pendapatannya.

Jawapannya itu kemudian mendapat perhatian pendakwah terkenal Ustaz Ahmad Dusuki dan dia memberikan respon melalui laman Facebook miliknya.

Tak semua yang boleh bawa masuk duit tu menjadi keuntungan bagi kehidupan kita, yang di bimbang jika yang masuk duit tu…

Posted by Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani on Monday, August 15, 2022

Dalam posting itu, Ustaz Ahamad Dusuki memberi teguran secara umum kepada umat Islam berhubung harta dan cara ia dibelanjakan kelak akan disoal oleh Allah SWT.

“Tidak semua yang boleh bawa masuk duit tu menjadi keuntungan bagi kehidupan kita, dibimbang jika yang masuk duit itu membawa kepada kecelakaan pada masa depan.

Setiap mukmin akan di soal di hadapan Allah nanti dari mana ia mendapatkan hartanya dan ke mana ia membelanjakan hartanya di jalan Allah,” tulisnya. 

Beliau juga menyatakan harta itu hanya sekadar mengenyangkan perut sahaja maka ia akan mendapat balasan yang setimpal.

“Kau ingat gelek dalam khalayak itu dapat pahalakah? Bangganya kau…” tulisnya di penghujung posting itu.

Sama-samalah kita renungkan ye…

Baca: “Masjid tak perlu tiket pun” – Ustaz Ahmad Dusuki Kecewa Rakyat Malaysia ‘Teruja’ Dengan Konsert Dewa 19

Ustaz Ahmad Dusuki Dewa 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.