in

TERBARU: Tun M Umum Shafie Apdal PM9, Anwar Dan Mukhriz TPM 1 Dan 2

Cover 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gempar semalam apabila bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) mendedahkan bahawa beliau dan beberapa pemimpin kanan Pakatan Harapan telah bersetuju untuk mencalonkan Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri yang baru.

Fw1045969 Sb03 06052020 Shafie Lpr

Persetujuan ini dikatakan telah mencapai kata putus dalam satu perbincangan tidak formal beberapa hari lepas di Rumah Tamu Sabah, Kuala Lumpur.


Tun M juga telah bersetuju untuk mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 dan anak beliau sendiri, Datuk Seri Mukhriz sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 2.

1000X 1

Parliament Kl4 0207 3

Apabila ditanya berkenaan sebab disebalik pemilihan Shafie sebagai calon Perdana Menteri yang baru, Tun M menjawab;

“Mungkin ada yang telah lupa bahawa Shafie adalah salah seorang pemimpin asal menentang Kerajaan kleptokrasi sejak sebelum pilihan raya ke-14.”

“Dia juga salah seorang pemimpin yang menjadi mangsa awal Kerajaan Najib 2 dan telah disingkir dari jawatan Menteri serta Naib Presiden UMNO kerana tidak dapat menerima perbuatan rasuah dan pencurian wang rakyat menerusi skandal 1MDB yang begitu memualkan”

Pemilihan Shafie sebagai calon Perdana Menteri juga akan merapatkan lagi hubungan di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Tun M juga mendedahkan bahawa Pakatan Harapan tidak bersetuju untuk menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri kerana beliau mempunyai ramai musuh, membuatkan sukar untuk mereka mendapat sokongan majoriti.

Sumber: Awani

BACA: Kisah Tun M, Tokoh Politik Malaysia Yang Paling Lama & TPMnya Yang ‘Dimatikan Karier Politik’ Semasa Menjadi PM

Capture 24

Sumber: Malay Mail
Sumber: Bloomberg
Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.