Semalam, Timbalan Menteri Kesihatan Noor Azmi Ghazali mengatakan yang pihak Kementerian Kesihatan Kesihatan tak akan membuat suntikan vaksin pada waktu malam sepanjang Ramadan ini,
Katanya, suntikan vaksin akan dijalankan seperti biasa sehingga petang sahaja kepada orang yang telah pun mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi mengelakkan ibadah terganggu pada bulan ini.
Saya berpendapat jika suntikan dibuat pada waktu malam, mereka tidak akan datang kerana mereka mahu melakukan ibadat Tarawih yang hanya setahun sekali.
“Bagi mereka yang tinggal di pedalaman seperti Orang Asli, kita akan hantar pegawai perubatan melalui program ‘outreach’ untuk memberikan suntikan vaksin CanSino bagi sekali suntikan saja.”
Menurut Azmi lagi, sekiranya ramai yang hadir mengikut masa yang ditetapkan, suntikan vaksin boleh diselesaikan sehingga 70 ke 80% sehingga akhir tahun ini, lapor FMT.
Ekoran ini, ramai netizen telah meluahkan rasa tak puas hati mereka kerana merasakan jika masa tak dilanjutkan ketika Ramadan, ia akan melambatkan lagi proses orang ramai untuk mendapatkan vaksin.
“Terawih sunat bukan wajib”
Kebanyakan netizen berpendapat bahawa amalan solat Tarawih ketika bulan Ramadan hanyalah sunat dan lebih harus menyelesaikan vaksin.
Tambahan lagi, Tarawih boleh dibuat selepas solat Isyak sehingga Subuh dan ambil vaksin pula tak memerlukan masa yang terlalu lama.
Baca: Rakyat Bakal Dapat Vaksin Awal Jika Derma Darah Lebih 50 Kali – Dr Adham