in

“Tengok pun seram sebab teringat dosa” – Norman Hakim Buat #Barzakh Challenge, Ajak Anak Muda Ingat Tentang Kematian

feature 3 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini viral di social media tentang #Lathi Challenge yang ramai orang join. Ada pulak yang kata challenge seumpama itu haram dilakukan oleh orang Islam. Sampai ada orang Indo yang tak puas hati dengan kita. 

Lupakan Lathi Challenge tu kejap sebab kali ini pelakon terkenal iaitu Norman Hakim telah memulakan cabaran baru iaitu #Barzakh Challenge menerusi Instagram.


https://www.instagram.com/p/CBEp-D4HiYj/?igshid=11mov80vxmvch

Menurut suami Memey Suhaiza ini, dia mahu ajak anak-anak muda Muslim untuk sentiasa mengingati kematian. Lagipun, sebelum ini, Norman Hakim juga pernah belajar cara pengurusan jenazah setelah menyertai kursus berkaitan.

Bagus tu, ilmu yang ada kena lah dikongsi kan. 

challenge 1

Katanya, challenge seumpama ini memang akan menginsafkan kita sebab mati tu kan pasti. Selain itu, korang tak payah susah-susah nak belajar menari macam challenge yang lain sebab alat kelengkapan jenazah boleh dibeli dan disimpan terus di rumah.

Norman Hakim juga mengatakan mengingatkan tentang kematian ini sememangnya menjadi kewajipan kita sebagai orang Islam. Pelakon yang berusia 44 tahun ini juga mahu mengingatkan orang ramai agar seimbangkan hiburan dan ibadah, lapor mStar.

Korang berani ke nak join #Barzakh Challenge ni? 

Baca: “You think Allah will ask you about this?” – Faizal Tahir Tegur Individu Buat Aksi Lathi Challenge 

challenge

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.