Kelakuan seorang lelaki mengganggu pihak berkuasa menjalankan tugas telah mengundang kemarahan netizen setelah perbuatan itu dirakam oleh orang awam dan tular di media sosial.
“Kalau tak salah pergi je lah balai.”
Dalam video berdurasi 2 minit 20 saat itu, dilihat seorang lelaki mengekori seorang anggota polis trafik dan kerap menyatakan bahawa dirinya tidak bersalah.
Kelihatan seperti anggota polis ada merampas telefon bimbit miliknya, anggota polis tersebut enggan memberinya dan lelaki terus ‘mengejar’ sampaikan anggota polis terbabit tinggi suara dengannya dan ajak pergi ke balai.
https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1541698531009826818
Kemudian, lelaki tersebut cuba ambil barang milik polis terbabit dan polis itu terpaksa bertindak kasar kepada lelaki tersebut.
Melihat rakaman tersebut kejadian ini dikatakan berlaku pada 27 Jun 2022 kira-kira jam 6.09 petang di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Melihat video tersebut, ramai netizen di Twitter rasa jelak, rimas dan bengang dengan kelakuan lelaki tersebut.
Ada yang anggap lelaki tersebut sengaja melakukan provokasi dengan tujuan mahu menampakkan pihak polis melakukan kekasaran fizikal terhadapnya di hadapan orang umum.
Malah, netizen mendakwa lelaki tersebut dilihat seperti ‘tak senang duduk’ bila telefon bimbitnya dirampas seperti dia ada menyembunyikan sesuatu.
Tengok je dah rimas, apa lagi polis yang kena tu – Netizen
Dalam pada itu, ramai juga rakyat Malaysia menyarankan agar pihak berkuasa perlu ada kamera badan.
Baca : [VIDEO] Bengang Kereta Laju di Jalan Kampung, Lelaki Menyamar Jadi Polis Siap Pegang ‘Speed Trap’