in

“Simpanan tak cukup, kos sara hidup tinggi” – Pakar Ekonomi Saran Naikkan Umur Persaraan

Tak Cukup Duit Pencen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang profesor merangkap ahli ekonomi mencadangkan agar kerajaan naikkan umur persaraan bagi membantu pekerja yang kurang simpanan bagi mendepani cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat masa kini.


Menurut Profesor Yeah Kim Leng daripada Universiti Sunway ini turut mengatakan bahawa langkah ini turut dilakukan oleh banyak negara lain yang meningkatkan had umur persaraan.

Tambahnya lagi, persoalan yang timbul adalah bilakah kerajaan Malaysia akan mengikuti jejak langkah negara-negara luar ini kerana hari ini, semakin ramai mula tertekan dengan peningkatan kos sara hidup dan juga menghadapi masalah simpanan yang tidak mencukupi.

Pexels Michael Burrows 7129703

Selain itu, beliau turut mendedahkan bahawa sejumlah RM145 billion telah dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semasa pandemik Covid-19.

Dalam masa yang sama, beliau turut mencadangkan bahawa kerajaan seharusnya mengadakan lebih banyak program celik kewangan dan pendidikan serta skim insentif untuk meningkatkan kadar simpanan untuk golongan lebih muda sekarang ini.

“Untuk mereka yang lebih berusia dan berhadapan dengan tidak cukup wang persaraan ini, kerajaan perlu adakan insentif dalam bentuk peluang pekerjaan dan pendapatan supaya pesara-pesara ini ada sumber pendapatan”

Tambahnya lagi, pendapatan secara langsung atau bantuan wang daripada pihak kerajaan dilihat perlu untuk membantu golongan yang terkesan ini.

Pexels Marianne Tang 4174773

Pun begitu, perkara ini dilihat agak sukar untuk direalisasikan oleh kerajaan kerana bebanan hutang selain orang ramai diminta lebih peka dan bijak dalam merancang untuk masa hadapan.

Minggu lepas, Timbalan Menteri Kewangan, Shahar Abdullah mendedahkan bahawa program dan inisiatif yang dijalankan berkaitan dengan Covid-19 sepanjang dua tahun lalu melibatkan simpanan ahli KWSP sebanyak RM155 billion.

RM145 billion dikeluarkan melalui inisiatif-inisiatif kerajaan, manakala ahli KWSP mengalami kerugian sekitar RM10 billion apabila Caruman berkanun KWSP  telah dikurangkan antara April 2020 dan Jun 2022.

Baca : Individu Kesal Duit Yang Disimpan di Rumah ‘Habis’ Kena Makan Anak-Anai

Ft Duit Dimakan Anai Anai

Sumber: Pexels
Sumber: Pexels

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.