in

“Tengah wangi dikkk” – Gadis Tunjuk Pakwe Sempat Kopekkan Udang Walaupun Tengah Lepak Dengan Member

collage 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bak kata orang dulu-dulu nak tunjuk kasih sayang, lautan api pun sanggup direnangi. Mana taknya, lelaki ni ramai kata kalau dah sayang sanggup buat apa sahaja untuk gembirakan hati kekasihnya. Betul ke ni?

Macam salah satu video yang viral di TikTok bila seorang gadis merakamkan saat dia memanggil teman lelakinya untuk meminta bantuan ketika lelaki itu sedang bersembang dengan rakannya di luar kereta.


“Tengah lepak pun sanggup kopek udang”

Dalam video ini, gadis tersebut menunjukkan dia memanggil teman lelakinya sambil menunjukkan udang yang dipegangnya.

Tanpa berlengah, lelaki tersebut terus datang ke kereta dan mengambil udang tersebut untuk dikopekkan kulitnya. Takde cakap banyak pun, confirm dah biasa ni.

“Tengah wangi dikkk”

Di ruangan komen, beberapa wanita yang sudah berkahwin turut meninggalkan pesanan mengatakan yang lelaki ni memang macamtu kalau tengah bercinta tapi lepas kahwin…

Screenshot 2021 11 10 at 12.42.23 PM down

“Sebelum ke selepas cik suami yang kopekkan”

Namun, ada beberapa wanita menyangkal kenyataan tersebut dan mengatakan yang suami dorang tetap sama, sebelum atau selepas kahwin tetap dimanjakan walaupun selalu kena kutuk dengan kawan.

Screenshot 2021 11 10 at 12.47.02 PM down

Lain pasangan lainlah caranya kan, tak semestinya pasangan kita dah tak buat orang tu pun macam tu. Kita doakan je lah moga dorang terus bahagia…

 

Baca: “The real panah asmara” – Nampak ‘Sweet’ Bersama, Netizen Teruja Lihat Afgan Muncul Dalam TikTok Rossa

Screenshot 2021 11 10 at 12.53.32 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.