Sejak dua menjak ni banyak betul kes berlaku dekat kedai makan. Siakap kayangan lah, kailan ikan masin harga yahudi lah, dan macam-macam lagi lah!
Kalau harga kayangan tapi sedap boleh terima lagi. Yang penting kebersihan makanan dan kedai makan dijaga. Kalau harga mahal, kebersihan pun out susah lah!
Macam yang berlaku hari ini, seorang wanita telah berkongsikan satu screenshot posting dari IG story di laman Twitter miliknya berkaitan dengan isu tikus berkeliaran di salah sebuah kedai makan Pavilion Kuala Lumpur.
#pavillionKL dont take this likely! Rat urine can cause death to people. Even more disgusting it happened during service time 🤢 she informed the workers on this, what did they do? They just stare at it and laughed! Not shoo-ing or close service! But Laughed pic.twitter.com/x3d0Q48LjK
— Azwin Shafinaz (@Azwinshafinaz) December 7, 2021
“Kena lebih berhati-hati lepasni. Saya sangat kecewa kerana ia merupakan antara cawangan yang terkenal! Tengah makan ada 2 ekor tikus lalu!”- jelas pelanggan tersebut di IG storynya.
Menurut gambar dan tweet tersebut, pelanggan itu telah pun membuat aduan kepada pekerja di kedai makan terbabit berkenaan dengan dua ekor tikus yang berkeliaran di dapur kedai itu. Namun, tanpa menghalau atau melakukan sesuatu, pekerja tersebut malah merenung pelanggan tersebut dan menggelakkannya sahaja!
Bukan sahaja pelanggan tersebut yang kecewa, malah kejadian ini turut mengundang perhatian para netizen di ruangan replies Tweet tersebut.
Ada juga yang berkata kejadian tersebut berlaku seperti dalam filem kartun popular Ratatouille!
Kejadian macam ni tak sepatutnya berlaku lebih-lebih di premis kedai makan pusat beli belah. Bayangkan kita makan sedap lah kat depan, tapi dalam dapur tu sebenarnya….Nauzubillah! Hati-hati semua!
Baca: Kedai Siakap Viral Tetap Meriah, Pelanggan Tak Putus-Putus Datang Walaupun Tahu Harga Kayangan