in

“Tengah lapar memang lah mengamuk” – Pelanggan Baling Kerusi & Meja Restoran, Bengang Tak Dapat Order Makanan

Viral

Benarlah kata orang, kalau seseorang tu tengah lapar, baik korang jangan buat main-main atau lambatkan order makanannya. Kalau tak, haa ada yang mengamuk karang macam kejadian yang berlaku di sebuah kedai makan semalam.

Menurut Harian Metro, sekumpulan lelaki telah membuat kecoh di restoran dekat Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur gara-gara tidak dapat membuat pesanan makanan. 

Mereka katanya telah bertindak agresif dengan menendang dan membaling kerusi serta meja restoran tersebut. Kejadian berkenaan kemudian viral di media sosial selepas video dimuat naik netizen di Facebook.

Berlaku pergaduhan pada malam tadi di area Little India berhampiran Restoran Sri Paandi , Brickfields. Punca kejadian masih belum dipastikan..

Berlaku pergaduhan pada malam tadi di area Little India berhampiran Restoran Sri Paandi , Brickfields. Punca kejadian masih belum dipastikan..#inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Sunday, February 28, 2021

 

Menerusi video tersebut dapat dilihat beberapa lelaki juga seakan-akan bergaduh dipercayai dengan pekerja restoran itu.

Difahamkan ketika kejadian berlaku, kumpulan itu sebenarnya tidak berpuas hati kerana gagal memesan makanan. Netizen yang berada di lokasi menjelaskan yang kumpulan berkenaan didakwa datang ke restoran untuk makan pada jam 9.30 malam.

Tapi permintaan mereka tak dapat dilayan sebab restoran dalam persediaan untuk tutup operasi sebelum pukul 10.00 malam. Yelah kan tengah PKP ni…

155157735 1831862580324777 1184469202314313138 N

155217196 1831862380324797 6689142497971178300 N

Disebabkan hal tersebut, berlaku pertelingkahan sebelum beberapa lelaki itu ‘mengamuk’ dan membaling meja serta kerusi di tempat kejadian.

Rata-rata netizen yang melihat video viral tersebut terkejut dengan sikap pelanggan yang kurang sabar sehingga merosakkan harta benda kedai terbabit.

Kelaparan

Lain kali kalau nak makan waktu malam, better datang awal sebab kedai sekarang memang tutup awal kerana PKP. 

Baca: “Puk*mak” – [VIDEO] Lelaki Nak Rentas Negeri Mengamuk Maki Polis Dekat Roadblock Lepas Minta Surat Kebenaran

Ft Maki

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook