Sebut sahaja nama Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa sebagai TokTi, rata-rata mengetahui penyanyi tersohor negara ini merupakan anak jati negeri Pahang.
Tapi korang tahu tak Siti Nurhaliza juga mempunyai keturunan berasal dari Kedah? Perkongsian ini didedahkan sendiri oleh beliau dalam sesi live di media sosial, baru-baru ini.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @nasshopp, TokTi menceritakan datuk sebelah ibunya berasal dari Kedah dan merupakan hulubalang istana pada zaman Kesultanan Kedah di Kota Kuala Muda.
Artikel berkaitan: “Sampai masa nanti…” – Ini Respon Siti Nurhaliza Apabila Dicadang Gelaran Biduanita Negara
“Datuk saya sebelah ibu, asal daripada kedah. Bagai sirih pulang ke gagang. Saya kahwin dengan orang Kedah. Saya tengah nak cari susur galur keluarga saya di Kedah. Sebab di Pahang, saya sudah tahu, banyak saudara mara saya di Pahang.”
Katanya, pada zaman dahulu Kota Kuala Muda adalah kawasan istana dan diketahui susur galur beliau sebelah sini adalah seorang hulubalang istana Kesultanan Kedah.
“Sebab tu dia ada darah pahlawan. Datuk kepada datuk saya dahulu asal dari Kedah, belah ibu.”
Bercerita lanjut, datuknya pergi merantau hingga ke Pahang dan duduk di Kuala Lipis. Katanya, beliau dilahirkan di berek polis disebabkan pekerjaan arwah bapanya yang bekerja sebagai anggota polis di Temerloh.
Kemudian, beliau membesar di Kuala Lipis dari usia lima tahun sehinggalah dirinya bergelar artis.
@nasshopp_ Tempat lahir kita pun di rumah juga Siti hihihi #sitinurhaliza #penyanyino1malaysia #fyp #love
“Bila orang dulu-dulu merajuk, mereka suka merantau. Jadi, datuk saya ni pergi merantau sampailah ke Pahang. Duduk di Kuala Lipis, Kampung Tempoyang. Di situlah datuk saya berjumpa dengan nenek saya, dan melahirkan ibu saya.
“Ibu saya orang Pahang. Saya pula lahir di Kampung Awah, Temerloh, Pahang. Sebab, arwah bapa saya anggota polis, jadi suka pindah-randah.
“Waktu saya dilahirkan, dalam berek polis, ibu saya tidak ke hospital. Bila saya berusia 5 tahun, barulah berpindah ke Kuala Lipis dan membesar hingga saya sertai pertandingan dan menjadi artis, di situlah kampung saya, Kuala Lipis.”
Rata-rata netizen yang mendengar perkongsian itu begitu teruja mengetahui ibu kepada dua orang ini juga ada keturunan berasal dari Kedah.
Makin ramailah yang mengaku sedara-mara TokTi!
Sumber: TikTok